followers

busuk.org

Rabu, 2 Mei 2012

Uji minda: Yang mana serupa?

As'salam..

Hari ni gua saja nak uji minda dan tanya pendapat korang sendiri mengenai gambar di bawah.
rakaman foto ketika perhimpunan BERSIH 3.0 lalu yang menimbulkan kekeliruan.

Gua nak korang amati betul2 gambar ini dengan teliti

Gambar A

Gambar B

Gambar C

Gambar D
dah tengok? so, soalan gua..,
yang mana satu lebih seiras atau serupa dengan Gambar D? (aksi ala kung-fu).
Gambar A ke (abg polis yg pakai vest kuning) atau Gambar B/C

kompius dowh..!!

p/s saje nak test minda korang hehe...gua x suka politik atau keganasan!


Jutawan Maut Ditangan Anak Kandung



SIMPANG PULAI – Seorang jutawan, Jaswant Singh Udan Singh, 40, maut ditangan anak kandungnya apabila ditikam  menggunakan dua pisau sebelum anaknya itu berpura-pura membuat laporan polis kononnya mangsa disamun di rumahnya di Taman Bersatu, di sini, semalam.
Dalam kejadian pada jam 1 pagi, suspek berusia 15 tahun itu didakwa merancang membunuh bapanya yang juga seorang ahli perniagaan kayu, dengan menyelerakkan perabot bagi memperdaya pihak polis yang membuat siasatan.
Suspek kemudian memandu kereta Mercedes Benz milik ayahnya, Jaswant Singh Udan Singh, 40, ke Balai Polis Simpang Pulai di sini, bagi membuat lapo­ran kononnya rumahnya dipecah masuk.
Remaja itu dikatakan berang dengan sikap ayahnya yang selalu memukulnya dan ibunya.

The Scream diramal dilelong RM454.2 juta

As'salam


Sekali pandang lukisan ini tak ubah seperti lukisan dari seorang budak tadika.
tetapi tahukah anda bahawa lukisan ini bakal menjadi lukisan termahal yang pernah dilelong?

The Scream hasil lukisan pelukis terkenal dunia, Edvard Munch mungkin akan menjadi lukisan
termahal yang pernah dilelong di dunia.

Menurut seorang pakar seni, The Scream mampu dilelong pada harga AS$150 juta (RM454.2 juta) dalam satu lelongan di sini pada hari ini.

Terdapat empat versi The Scream yang dihasilkan oleh Much.
Namun, hanya sebuah lukisan tersebut menjadi milik seorang individu.


Gambar pesawat dihiasi gambar Hello Kitty


As'salam



Ini adalah sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan Eva Airlines di Taiwan yang
dihiasi dengan gambar watak kartun Hello Kitty. 
Pelapik tempat duduk pesawat ini juga dihiasi dengan gambar itu.

Piala FA: Kelantan, Sime Darby ke final


SHAH ALAM - Kelantan dan Sime Darby melayakkan diri ke final persaingan Piala FA selepas kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan pusingan kedua malam ini dengan keputusan seri.

Di Alor Setar, Kelantan dan Kedah masing-masing menjaringkan dua gol tetapi Kelantan melangkah ke final dengan kelebihan jaringan di tempat lawan - gol yang diperoleh pada perlawanan pusingan pertama.

Pada pusingan pertama, Kedah dan Kelantan juga seri dengan satu gol.
Di Stadium Selayang, Terengganu dan Sime Darby juga terikat, tetapi tidak menjaringkan sebarang gol malam ini
Sime Darby layak ke pusingan akhir dengan agregat 2-1 kerana berjaya mengatasi Terengganu dalam pusingan pertama.

Kredit: SH

p/s Tahniah Kelantan!!

Wordless Wednesday #6 | aku dan sesuatu

Salah satu hobi gua..



p/s nak jadi pro sket masa lagi.. :)