followers

busuk.org

Sabtu, 28 April 2012

Lelaki 20 isteri tinggal 658 waris


KAMPALA - Seorang lelaki di Uganda meninggal dunia pada umur 103, November lalu, sememangnya bertuah kerana dikurniakan 158 anak serta kira-kira 500 cucu.

Veteran Perang Dunia Kedua, Jack Kigongo dari kampung Kateera di daerah Kiboga didakwa mempunyai anak seramai itu, hasil perkahwinannya bersama 20 isteri.

Menurut salah seorang anaknya, Patrick Bulira Kigongo, keluarga mereka kini berhadapan masalah kesempitan hidup selepas bapanya meninggal dunia.

“Adik-beradik saya terpaksa menjual buah-buahan di kampung. Kami masih tinggal di dua rumah agam usang tinggalan bapa yang dibahagikan mengikut ibu masing-masing,” menurutnya lagi.

Pada 1997, kisah Kigongo yang pada ketika itu berumur 80 tahun dan baru berkahwin dengan isteri termuda berumur 18 tahun pernah dipaparkan di media tempatan.

Difahamkan, anak sulung Kigongo berumur 60 tahun, manakala, bongsu berumur 15 tahun.

Sumber:SH

TERKINI: Lebih 20,000 penyokong Bersih banjiri KL

As'salam



[TERKINI 12.45 TENGAH HARI]


KUALA LUMPUR - Jumlah penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka di sini terus mengalami peningkatan, secara berperingkat-peringkat sejak awal pagi tadi - angka terbaru menunjukkan sudah mencecah lebih 20,000 orang.

Penyokong mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza - dari kawasan Kompleks Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek.

Berdasarkan maklumat diterima, beberapa pemimpin sudah pun menyertai penyokong Bersih, antaranya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidnnya, Tian Chua.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga juga sudah berada di kawasan pusat bandar untuk menghampiri Dataran Merdeka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan berada di kawasan Masjid Negara dan akan menunaikan solat sebelum

Setakat jam 10.15 pagi ini, jumlah penyokong yang berada di persimpangan utama antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja dianggarkan telah mencecah 8,000 orang.

Tinjauan Sinar Harian Online sekitar 5 pagi tadi mendapati hanya sekitar 200 orang berada di kawasan tersebut.

Maklumat yang diperoleh oleh Sinar Harian Online menunjukkan angka peserta Bersih yang berhimpun di kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka sudah mencecah 15,000 orang.

Sumber: SH

p/s ade tak dikalangan blogger yang turut serta? hehehe


Terkejut air telaga bertukar merah



PASIR PUTEH – Sebuah telaga berusia lebih 10 tahun di Kampung Pintu Gerbang, Dalam Ru dekat sini kini menjadi tumpuan orang ramai apabila airnya yang jernih bertukar kepada warna merah seperti sirap.

Pemilik perigi berkenaan, Ramli Mohd. Nor, 47, berkata, air telaga sedalam 3.65 meter itu yang selama ini digunakannya untuk menghasilkan keropok secara kecil-kecilan mengalami perubahan tersebut sejak dua minggu lalu.

Lebih menakjubkannya, walaupun berubah warna sehingga dianggap aneh, air tersebut tidak berbau manakala rasanya tawar seperti air biasa.

“Sudah lama saya gunakan air perigi ini yang sememangnya jernih dan sebab itu saya terkejut apabila warnanya tiba-tiba berubah.

“Saya cuba menyedut telaga ini dengan pam untuk membuang air yang berwarna merah tetapi keadaan tetap tidak berubah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Berikutan kejadian itu, dia menggali telaga itu sedalam semeter lagi dengan harapan airnya akan kembali jernih tetapi ia tidak berlaku.

Menurutnya, kerja-kerja menggali dan mengepam air perigi itu yang dilakukan sejak tiga hari lepas dengan bantuan penduduk kampung terpaksa dihentikan semalam kerana tiada perubahan.

Sumber&Kredit: Kosmo