followers

busuk.org

Selasa, 24 April 2012

Lakaran pakaian Lady Gaga didedah

As'salam..




SEOUL - Empat lakaran pakaian yang bakal digayakan bintang pop Amerika Syarikat, Lady Gaga pada konsert jelajah di Korea Selatan didedahkan semalam.

Ia termasuk fesyen pakaian sendat yang direka dengan mempunyai bentuk seperti gitar dan sebuah papan kekunci piano.

Menurut rakan kongsi pereka pakaian jenama Giorgio Armani, firma Shinsegae International, Lady Gaga, 26, juga akan memperkenalkan pakaian jenama terkenal itu di empat lokasi lain semasa konsert jelajahnya berlangsung.


Sumber: Kosmo

Gempar! Meteor Jatuh Di Bumi Amerika



As'salam..


Ini bukan cerita dari filem seperti yang selalu 'disajikan' kepada kita oleh penerbit2
filem Hollywood. tetapi ini adalah kejadian yang benar-banar berlaku.

Penduduk di beberapa kawasan di sekitar Carlifonia dan Nevada, Amerika Syarikat di gemparkan dengan
satu letupan kuat disebabkan  batu meteor yang jatuh, semalam.

Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terbabit, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum satu letupan kuat berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi. 

Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.

Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.



Sumber: SH


21 Motosikal Hangus Dibakar Angkara Khianat



As'salam..


Lagi kes bakar motosikal, Kali ini kes berlaku di Flat Seri Selangor, 
Jalan San Peng  di ibu negara awal pagi semalam

Sebanyak 21 motosikal dianggarkan bernilai kira-kira RM60,000 musnah dibakar oleh
 individu tidak dikenali 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 1.23 pagi, sebelum dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pusat serta Pudu dihantar ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian, sebelum api berjaya dikawal pada jam 1.35 pagi.


p/s siapalah punya angkara ni...hai..dunia.. dunia....



Koleksi Gambar: Aktor Hong Kong


As'salam..

Jom kenali aktor 'OTAI' filem Hong Kong

Jackie Chan
Anthony Wong
Francis Ng
Joe Ma
Lau Ching Wan
Moses Chan
Jordan Chan
Michael Wong
Michael Miu
Nick Cheung Ka Fai
Simon Yam Tat Wah
Tony Leung
Aaron Kwok
Andy Lau
Jet Li
Jay Chou
Chapman To
Shawn Yue
Nicholas Tse
Takeshi Kaneshiro
Ekin Cheng
Louis Khoo
Michael Tse
Daniel Wu

Sumber gambar: Google