followers

busuk.org

Isnin, 23 April 2012

Gambar Spesis Ketam Berwarna Ungu Yang Baru Ditemui



As'salam..



 Spesis ketam berwarna ungu yang ditemui saintis di
kawasan terpencil di Kepulauan Palawan, Filipina, menurut kajian yang disiarkan dalam buletin The Raffles Bulletin of Zoology. 

Menurut kajian yang disiarkan buletin itu, ketam tersebut bersembunyi dalam lubang tanah di tepi sungai.
Ia kerap dijumpai di bawah batu dan akar pokok.

Sumber: Kosmo


Wajib Baca: 30 Laman Web Paling Bahaya Di Dunia

As'salam...

Dalam keghairahan kita (eh ghairah ke?) melayari internet di dunia yang semakin canggih ini..
kita kadang-kadang terleka dek keseronokan. dan akibatnya kita sendiri yang menanggung kerugian
yelah..dunia maya sekarang ni boleh dikatakan klik apa saja pasti jumpa! Oleh kerana itu juga ada yang mengambil kesempatan keatas diri kita, bermacam-macam laman yang kita jumpa kat internet. tapi kita tak sedar ada juga laman PENIPU! maksudnya disini ialah laman yang mengandungi virus-virus yang boleh menjahanamkan KOMPUTER,LAPTOP ATAU HP kita.

Disini gua senaraikan 30 laman web yang dikesan membawa virus bahaya dan laman web ini adalah yang paling bahaya di dunia menurut sumber yang gua dapat.


1. 17ebook.com
2. aladel.net
3. bpwhamburgorchardpark.or
4. clicnews.com
5. dfwdiesel.net
6. divineenterprises.net
7. fantasticfilms.ru

8. gardensrestaurantandcatering.com           BAHAYA!!!!!!
9. ginedis.com
10. gncr.org
11. hdvideoforums.org
12. hihanin.com
13. kingfamilyphotoalbum.com
14. likaraoke.com
15. mactep.org
16. magic4you.nu
17. marbling.pe
18. krnacjalneg.info
19. pronline.ru
20. purplehoodie.com
21. qsng.cn
22. seksburada.net
23. sportsmansclub.net
24. stock888.cn
25. tathli.com
26. teamclouds.com
27. texaswhitetailfever.com
28. wadefamilytree.org
29. xnescat.info
30. yt118.com


Amaran!! jangan sesekali melayari laman web di atas!!



Sumber: Fatih Putera




Tsunami: Bola milik remaja Jepun ditemui di Alaska

As'salam..


Misaki Murakami,16,(gambar) salah seorang mangsa Tsunami yang melanda jepun mac tahun lalu 
akan 'bertemu' kembali dengan bola sepak kesayangannya selepas kehilangannya akibat dibawa arus tsunami.

Bola itu ditemui di sebuah pulau di perairan Alaska, 112 kilometer dari tanah besar
oleh David Baxter, seorang warga Amerika Syarikat.

Menurut Baxter, beliau menemui bola itu ketika bersiar-siar di kawasan pantai Middleton Island 
lalu membawanya pulang dan menunjukkan kepada isterinya yang juga seorang rakyat jepun.
dan menterjemah tulisan yang terdapat pada bola itu kepadanya.

Sementara itu, murakami berkata, dia gembira kerana bola itu memang miliknya berdasarkan tulisan pada bola itu yang tertulis namanya sebagai hadiah daripada rakannya tujuh tahun yang lalu.

"Saya sangat gembira memandangkan saya tidak menemui apa-apa barang milik saya sehingga sekarang," katanya kepada stesen TBS semalam. 




Sumber: SH


Kaca mata diet??

As'salam..

Percaya atau tidak, kacamata ini (gambar) pilihan terbaik bagi mereka yang mengamalkan diet.
Pereka di Universiti Tokyo telah mencipta prototaip dua kaca mata untuk ‘menipu’ otak bahawa mereka sedang mengambil makanan dalam kuantiti besar sehingga 50 peratus daripada saiz asal.

Fungsi kedua-dua alat ini adalah untuk mengurangkan selera makan dengan cara menipu minda sedar mereka.
Salah satu kaca mata itu, MetaCookies+ turut dilengkapi alat untuk mengesan bau makanan yang mereka ingin makan walaupun sebenarnya ia hanyalah khayalan.

Kaca mata kanta biru tersebut berfungsi untuk menjadikan makanan nampak tidak menyelerakan.




Pelik Tapi Benar: Batang Pokok Betik Berwajah Manusia




As'salam..

Seorang pemilik ladang betik di kampung parit hassan, pontian, johor, terkejut apabila mendapati sebatang pokok betik di ladangnya itu berwajah manusia. Ladang itu yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, 
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan, tiba-tiba menjadi perbualan hangat penduduk sekitar kampung itu apabila salah seorang dari urusetia program itu menyedari tentang keunikan pada batang betik itu ketika mengunjungi ladang berkenaan lalu memaklumkan perkara itu kepada pemiliknya.