followers

busuk.org

Sabtu, 21 April 2012

Berita kematian Bob Kuman palsu!








Berita Kematian pelakon dan pelawak Bob Kuman telah tersebar luas. sesuatu yang mengejutkan kita semua. Namun setelah disahkan kesahihan cerita itu ternyata ia cuma khabar angin dan berita palsu. siapa yang menyebarkan berita ini gua tak tahu..

Petikan Berita Harian

KUALA LUMPUR: Khabar angin mengenai kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang disebarkan melalui beberapa laman sosial hari ini disahkan palsu.

Rakan baiknya, Mohd Razali Harun, 39, berkata Bob Kuman masih sihat dan kini berada di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara.
"Saya amat kesal dengan penyebaran khabar angin seperti ini dan sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada Bob.
"Saya berada di sisi beliau ketika mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut dan ingin saya jelaskan di sini bahawa Bob sihat walaupun dibantu alat pernafasan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, tahap kesihatan Bob kini sentiasa dipantau oleh pembantu perubatan di rumahnya.

Seorang rakan artis, Richie Rachman ketika dihubungi berkata, perbuatan menyebarkan berita palsu seperti ini adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.

"Soal hidup dan mati memang tidak boleh dibuat main-main tidak kira sama ada artis ataupun orang biasa dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku," katanya. - BERNAMA


Toyol Dara Akhirnya Dicekup



As'salam

Gambar suspek
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..beginilah nasib yang terjadi keatas seorang anak gadis yang akhirnya terkantoi dan dicekup gara-gara mencuri kelapa di rumah penduduk di Flat Sri Kayan di Subang Jaya.

Dan penangkapan suspek berkenaan, dipercayai dapat menyelesaikan 10 kes pecah rumah di sekitar kawasan flat berkenaan.

Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu.

Dipercayai suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit.

Menurut satu sumber lagi, gadis ini mempunyai kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci

Sumber: myMetro


Sembang Sabtu: Sedikit Panduan Untuk Blogger Baru

As'salam...

Haha...boringnyer hari ni...nak keluar, hujan plak..so, nak buat ape ek? (sila bagi cadangan)
oklah nak ambik masa terluang ni dengan 'edisi merapu' dari gua...korang yang nak baca sila teruskan bacaan hehe..

sape blogger baru kat sini angkat tangan? ni nak kaber2 dgn korang, gua ni memang kaki BW... tahu menatang ape BW tu? alaa..blogwalking la..takan 'buat wayang' plak...oooppss bunyi dah macam 18sx plak huahuahua...
citer pasal BW ni,gua memang rajin beb terutama kat follower2 gua...tapi ni nak citer sket...,bila gua BW ni kan ada sesetengah blog tu langsung tak boleh tggl jejak..sebab ape? takde kotak jerit a.k.a shoutbox daa...
jadi macam mana nak tinggal jejak? tpakselah gua tinggal jejak kat entri dorg. so, nasihat gua, bagi mereka2 yang belum ada kotak komen tu,sile2la letak ye..kalau ada yang tak tahu macam mana nak letak, disini gua bagi link kat korang.

http://shout.busuk.org/m/

www.fibox.ws

cukuplah 2 ni ye..korang klik je link kat atas ni kemudian ikut arahan2 yang diberi..
ok..selesai citer sal kotak komen..

nak citer plak pasal 'U FOLLOW I FOLLOW' tentu korang tahu pasal benda ni kan kan..? macam yang kite biasa tengok kat fb tu..banyak laman2 atau group diwujudkan untuk memudahkan para blogger mewar2kan tentang blog dan cerita2 terbaru dari blog masing2,esp bolgger baru.
 pendek kata PROMOSI BLOG.
perkataan 'U FOLLOW I FOLLOW' ni memang dah sinonim dengan blogger baru (gua pun baru)
tapi hasil dari pengalaman gua sendiri la kan, ada jugak yang kaki kencing hahaha...kata follow tapi tak follow2 jugak. rasanya ramai yang dah tkena dengan benda ni..betul tak? tak baikla macam ni kan..tu namanya MENIPU.. tak baik dowh men tipu2..tuhan marah.. kalau nak dihormati,janganlah amalkan benda2 ni semua ye... tapi mungkin jugak ada yang tak berniat untuk menipu sebab kalau korang nak tahu,
ada sesuatu yang tak kena pada kotak follow kat atas tu (bar paling atas sekali). kadang2 benda tu tak berfungsi..tak caya korang boleh try.. jadi untuk memudahkan korang follow memfollow korang klik jer kat
button 'join this site/sertai tapak ini' insya allah yang tu tak tipu hehehe...




Oklah jari gua pun dah penat ni..sampai disini jer la edisi merapu dari gua..moga memberi sedikit ilmu dan manfaat tuk korang semua..dan untuk pengetahuan korang bila gua BW kat mana2 blog pilihan gua, itu bmakna gua derma sekali klik kat nuff korang hehehe.. so, yang takde iklan nuffnang rugilah nampaknye hehehe...sekian. wasalam

Sharing is Caring  :)


HIJABISTA, majalah pertama dunia fesyen berhijab di Malaysia



As'salam


Untuk anda yang sukakan fesyen yang sopan
kumpulan media karangkraf kini menerbitkan sebuah majalah 
khusus bagi memenuhi cita rasa dan bertindak sebagai peneraju arah serta inspirasi kepada dunia fesyen berhijab. 

Memperkenalkan HIJABISTA
Kemunculan majalah bulanan ini akan membantu generasi muda, berusia antara 21 hingga 35 tahun, untuk menyambut revolusi hijab yang hangat diperkatakan dalam dunia fesyen tempatan dan antarabangsa masa kini, kata Editornya, Nursuziana Zulkifli. 

Edisi pengenalan keluaran April 2012, akan berada di pasaran selama dua bulan sebelum kemunculan isu pertama iaitu pada bulan Julai 2012.

Sumber: SH



Mutiara Doa: 9 petua doa mustajab


As'salam..


BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab


1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8.Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Sumber: myMetro


Gempar! Dijual Suami Dengan Harga RM130

As'salam..


Sungguh malang nasib wanita ini..dah la ditinggalkan suami, 'dijual' plak tu..
Beginilah nasib yang menimpa keatas ibu kepada tiga orang anak ini, selepas ditinggalkan suami pada 2009
nasibnya bertambah malang apabila dihujani berpuluh-puluh panggilan dan sms daripada lelaki yang tidak dikenalinya hampir setiap hari kerana menyangka dirinya menawarkan perkhidmatan seks sejak mei tahun lalu.

Menurut Too (nama samaran) panggilan yang diterimanya itu berpunca daripada perbuatan suaminya yang menghantar SMS kepada kawan-kawannya dengan menyatakan dirinya menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM130.

Pada mulanya mangsa menyangka pemanggil itu cuma tersalah nombor tetapi setelah beberapa kali menerima panggilan yang sama tujuannya, beliau mula mengesyaki sesuatu. Akhirnya perbuatan suaminya itu terbongkar apabila seorang rakannya memberitahu telah menerima SMS daripada suaminya yang menyatakan mangsa menyediakan perkhidmatan seks.