followers

busuk.org

Khamis, 19 April 2012

Pelik Tapi Benar: Bayi Berkaki Enam Di Pakistan


As'salam..

Bayi ini berkaki enam, sesuatu yang amat jarang ditemui.
kisah ini terjadi di Islamabad, Pakistan, apabila seorang bayi yang bergenetik luar biasa 
dilahirkan dengan enam kaki.

Pengarah Institut Kesihatan Kanak-kanak Kebangsaan Karachi, Jamal Raza berkata, bayi berumur tujuh hari itu adalah kembar berparasit di mana, kembar siamnya tidak sempat membesar dengan lengkap sehingga menyebabkan Umar Farooq memiliki dua pasang kaki tambahan.

Kata Raza, pihaknya kini merancang untuk melakukan pembedahan ke atas Farooq dan memerlukan bantuan pakar luar berpengalaman terhadap kes satu dalam sejuta itu.

Sumber:

Seram: Mawar Putih muncul sebelum histeria


BALING – Beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar, Kupang di sini mendakwa mereka ternampak kelibat seorang wanita berwajah hodoh setiap kali berlaku kes histeria.

Pada tahun ini sahaja sekolah itu telah mengalami lima kejadian histeria.
antara saksi kelibat wanita yang mendakwa dirinya bernama Mawar Putih itu ialah pelajar tingkatan dua yang hanya mahu dikenali Intan Kasim.

Menurut Intan, makhluk itu mempunyai susuk tubuh seperti wanita dewasa, memiliki raut wajah cantik di bahagian kanan tetapi hodoh pada sebelah kiri selain sekuntum bunga mawar terselit di telinga kanannya.
Katanya, bahagian wajah yang hodoh itu ditutup dengan kain selendang yang dipakainya.
Intan mendakwa makhluk itu bercakap menggunakan bahasa istana.

Anak sulung daripada lima beradik itu mendakwa dia terserempak dengan kelibat makhluk itu di sekitar kawasan tandas sekolah sejak beberapa minggu lalu.

“Selepas melihat dia, badan saya tiba-tiba jadi lemah dan pengsan.

-Kosmo

Rahsia Iklan Nuffnang


Ramai merungut tentang pendapatan kurang dari iklan nuffnang. Nuffnang ada syarikat pengiklanan internet. Ia menggunakan blog sebagai medium pengiklanan. Rahsia dapat duit iklan nuffnang ada di sini. Saya dah cuba dan memang mujarab tips ini.

Rahsia Iklan Nuffnang

1. Para pengiklan akan memilih apa keyword yang ada pada blog anda, dan mereka berhak memilih blog mana nak letak iklan mereka, Nak tahu katakunci sesuai , Baca no 3 di bawah.

2. Selalu update bahagian Tinjauan Biodata Blogger – http://www.nuffnang.com.my/blogger/blogger-profile/ di bahagian ini anda perlu jelaskan dengan detail dan padat,
apakah pekerjaan anda
Hobi anda
Tujuan blog anda di buat, nyatakan dalam bentuk padat dan jelas.

Pengiklan akan meneliti perkara ini, sebelum memberi arahan kepada nuffnang post iklan ke blog anda, itu rahsia nya. Ini membantu para pengiklan mencari blog yang unik untuk beriklan, bukan senang beb, duit mereka bayar.

3. Untuk mendapat keyword yang sesuai dan up todate, sila jadi ahli : Glitterati, kemudian login kehttp://innit.nuffnang.com/my . Kemudian lihat Popular Tag Cloud, di sini bermacam keyword yang ada, dan postkan entri blog anda berdasarkan keyword di situ. Pandai-pandailah buat cerita berdasarkan keyword popular di Bahagian http://innit.nuffnang.com/my

4. Selepas itu Nang It, blog yang post di situ, jangan caci atau marah blog orang laing, klik saja Nang It, dan komen membina, lakukan selalu, traffik akan masuk sedikit demi sedikit ke blog anda

5. Add post ke http://innit.nuffnang.com/my, lihat bahagian atas sekali, kanan. Postkan url post entri anda, bukan url blog anda. Rajin-rajin buat gitu.

Akhirnya…..
Innit Featured Posts selalunya menyenaraikan blog yang popular dan menjana pendapatan tinggi dari Nuffnang!
Berikut ialah strategi menjana pendapatan lumayan di Nuffnang iaitu :
1) Ikut blog mereka
2) Baca dan Kaji gaya penulisan mereka
3) Tiru gaya penulisan yang mereka gunakan
4) Selalu komen di blog mereka
5) Bina kemesraan dengan mereka (Jika mereka ada Facebook terus ADD mereka)
6) Nang it! – Mereka suka ini!
7) Mula Posting di blog anda!

Anda akan lihat mereka pun akan comment di blog anda!
(Ini kerana selalunya mereka suka apabila orang “nang it” mereka
dan mereka akan lihat siapa yang “nang it” mereka)

Nota : “Nang It” ini lebih kurang macam butang LIKE pada Facebook, ia menunjukkan anda suka pada posting yang dilakukan Semakin kreatif dan baik penulisan di blog anda semakin ramai akan “nang it” blog anda. Secara automatik blog anda akan muncul di dalam Innit Featured Posts .

Kelebihan apabila blog anda muncul dalam dalam Innit Featured Posts ialah blog anda akan popular dan mendapat traffic yang banyak dalam sekelip mata

Teknik meledakkan traffic ke blog anda kurang dari 24jam!

1) “nang it” sebanyak mana blog yang anda mahu..
2) “nang it” blog yang tiada orang nak “nang it”
3) “nang it” selalu blog yang berkualiti
4) “nang it” blog yang mempunyai nang it yang tinggi
5) “nang it” blog yang selalu “nang it” anda!

Jangan lakukan perkara berikut

Dang It

Sumber&Kredit: menjana minda positif

Facebook antara punca kes rogol! eh betul ke?


As'salam..

Sentap gua baca kenyataan akhbar ini..

KUANTAN: Pengaruh laman sosial termasuk Facebook dikenal pasti antara medium yang menyumbang kepada masalah sosial dan pelakuan jenayah di kalangan pelajar sekolah terutama membabitkan kes rogol.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata walaupun jenayah rogol membabitkan pelajar di negara ini menunjukkan penurunan iaitu 133 kes pada tahun lalu, berbanding 222 kes sebelumnya namun jenayah terbabit masih tetap membimbangkan.
“Apabila kebebasan tanpa kawalan diberikan kepada anak, akses kepada laman sosial tanpa dipantau penjaga atau ibu bapa sememangnya boleh menjurus kepada masalah gejala sosial.

“Masalah ini belum nampak cara penyelesaian yang holistik, justeru perbincangan lanjut perlu dilakukan antara semua pihak termasuk ibu bapa bagi mengawal dan memantau aktiviti sosial anak-anak mereka,” katanya selepas Majlis Dialog MCPF bersama Guru Kelab Pencegahan Jenayah dan ketua jabatan kerajaan, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani.

Lee yang juga Ahli Lembaga Pengarah Media Prima Berhad berkata, statistik pelakuan jenayah di kalangan pelajar sekolah bagaimanapun menunjukkan penurunan iaitu 1,512 kes sepanjang tahun lalu atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan indeks jenayah berbanding 1,862 kes pada 2010.

- Berita Harian 19 April 2012

Nasihat gua kepada adik-adik diluar sana, berhati-hatilah selalu ye..nak larang jangan main facebook pun sapelah abe ni nak larang ye dak..? jangan mudah terpengaruh dengan pujukan-pujukan orang yang kita tak kenal.. nanti terkena sendiri yang tanggung malu kan kan kan..? 


"SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84"


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Hari ini gua nak join dan ajak rakan-rakan sekali untuk memeriahkan

"SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84"
dari rakan blogger gua

Terpilih atau tidak untuk direview,gua tak kisah
apa yang penting silaturrahim sesama blogger dan kita sebagai muslim
akan bertambah erat.

kalau berkenan,korang klik jer banner tu (atas)

Selamat Berblogging Semua :)


Kurt Cobain pernah hasilkan album solo sebelum membunuh diri


Siapa yang tidak kenal dengan Kurt Cobain, Seorang pelopor muzik grunge di zamannya.
Curt Cobain ialah vokalis kumpulan terkenal Nirvana  yang popular sekitar tahun 80-90an
dan kini masih digilai oleh pengikut-pengikutnya termasuk gua sendiri.

Lagu-lagu seperti About a girl, Come as you are,Smell like teen spirit 
dan The man who sold the world
masih menjadi siulan anak-anak muda ketika ini. Namun selepas tragedi yang menimpa keatas cobain,
kumpulan itu hanya tinggal nama, cobain telah membunuh diri pada tahun 1994
pada usia 27 tahun ketika namanya sedang memuncak. 

Selepas 18 tahun pemergian cobain, rakan baiknya Eric Erlandson, bekas anggota kumpulan Hole yang ditubuhkan oleh balu mendiang cobain telah membuat pendedahan bahawa cobain pernah membuat album solo sebelum membunuh diri namun tidak sempat diterbitkan.

Menurut Erlandson, Cobain menulis dan menghasilkan beberapa lagu yang mengatasi karyanya sebelum ini
dan mendakwa pernah melihat cobain menyanyikan lagu itu didepannya. sesuatu yang menyedihkan beliau bila mengenangkannya. Erlandson berkata demikian ditemu bual oleh saluran televisyen muzik, Fuse, minggu lalu selepas dia menerbitkan sebuah buku mengenai hubungannya dengan Cobain 
berjudul Letters to Kurt.

Erlandson juga berkata beberapa lagu demo dari cobain masih boleh diterbitkan.