followers

busuk.org

Isnin, 16 April 2012

Satu abad tragedi Titanic, mangsa diperingati


BELFAST - Satu taman peringatan yang mengandungi monumen semua nama mangsa yang maut dalam tragedi kapal pelayaran Titanic yang karam 100 tahun lalu di bina di Belfast City Hall.

Pengerusi Persatuan Titanic 100, Andrew Murphy berkata, acara memperingati 1,500 mangsa yang meninggal dunia itu dimulakan dengan menaburkan bunga ke di tapak bangkai kapal dari MS Balmoral iaitu sebuah kapal pelayaran yang telah merentasi Lautan Atlantik dan diikuti dengan berdiri senyap oleh kira-kira 300 orang awam yang dihadiri.

Sementara itu, di Halifax, sebuah bandar pelabuhan Kanada pula, 1,000 penduduk tempatan dan pelancong berpakaian klasik yang ditempah menghadiri satu acara keagamaan di tanah perkuburan di mana 121 mangsa Titanic disemadikan.


Selain itu, kapal-kapal di pelabuhan mula belayar ke perairan Atlantik yang berais bagi seolah-olah untuk memberikan bantuan berikutan tenggelamnya Titanic.

"Tujuan kami berkumpul hari ini untuk memperingati tragedi, bukan sahaja ini kerana ia sebagai kapal legenda, tetapi kehidupan yang diragut oleh kapal itu.

“Kami juga ingin memberi penghormatan kepada wira kampung halaman kami dengan maruah dan hormat kepada sukarelawan yang meletakkan nyawa mereka pada risiko untuk membawa mangsa ke darat dan orang-orang mengetepikan kepentingan diri demi menyelamatkan orang lain,” katanya.

Titanic tenggelam selepas melanggar bongkah ais kira-kira 800 kilometer (500 batu) tenggara Halifax pada 15 April 1912 sewaktu pelayaran pertamanya dari England ke New York, Amerika Syarikat.

Seorang cucu saudara mangsa, Jane Allen yang ditemui berkata, datuk Thomas Pir mengikuti pelayaran itu bersama isteri yang baru dikahwininya, namun berjaya diselamatkan kapal MS Balmoral menyifatkan sambutan itu satu pengalaman "luar biasa.”

Sumber&Kredit: Sinar Harian

Lelaki belajar ilmu hitam sembelih anak sendiri

Lelaki belajar ilmu hitam sembelih anak sendiri 

JAKARTA - Seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai sedang belajar ilmu hitam, telah menyembelih anaknya sendiri yang berusia lima tahun di sebuah kampung di daerah Karawang, Jawa Barat pada Ahad.

Polis bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada pembunuhan kanak-kanak perempuan di Desa Pasirkamuning itu ada kaitan dengan ilmu hitam yang dikatakan sedang beliau pelajari itu atau kerana gangguan psikologi.

Mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan mengerikan dalam sebuah bilik di rumahnya, pada Ahad dan bapaknya dipercayai menyembelihnya dengan sebilah pisau pemotong daging ketika ia sedang tidur.

Laporan menyebutkan bahawa sebelum membunuh anak perempuannya, lelaki itu telah pergi ke salah satu daerah di Sukabumi untuk berguru ilmu hitam, namun selepas pulang rumah beliau kelihatan seperti mengalami tekanan mental.

Setelah menghabiskan nyawa anak kandungnya, lelaki itu telah memanggil sejumlah jiran tetangganya dan meminta wang untuk membeli kain kafan.

Pada masa itu, jiran-jiran yang menyahut panggilan lelaki itu telah juga diancam akan dibunuh.

Lelaki itu kemudian menyuruh salah seorang jiran membeli kain kafan di pasar, tetapi jiran itu terus membuat laporan mengenai kejadian itu ke balai polis sehingga beliau ditangkap. - Bernama

Kredit: Sinar Harian

Bosan! Bosan! Bosan!

Memang bosan!! asal bukak tv jer mesti tak lain dari cite politik! awat takde cite lain ke nak tayang??!!
hampir tiap hari dok sibok pasal politik meroyan! nak salahkan itu salahkan ini,
hentam sana  hentam sini! nak tuduh itu tuduh ini..habis tu sape yang betul??
skang ni heboh sal PTPTN...pasni tak tahulah gua ape lagi isu yang nak di sentuh...haiiisssh...
yang lebih malang lagi, gaduh sesama bangsa..eh tak malu ke?? bersyukurlah negara ni aman..takyah nak terhegeh-hegeh nak ikut dunia luar yang kacau bilau tu...! Politik hampir mengusai seluruh rakyat negara ni..sebut apa saja mesti bab politik memang tak tinggal!! tobat2lah wei....!! tak salah kita bersatu!

p/s aku plak yang meroyan....peerrgghhh stress!!

Koleksi Gambar: Patung Lilin Selebriti Yang Ohsem!



Sebahagian patung lilin yang terdapat di Madame Tussaud Museum

Jay Chou
Jet Li
Bruce Lee
Shah Rukh khan
Davi Villa
Steven Gerrard
David Beckham
Justin Bieber
MJ
Hritik Roshan
Lewis Hamilton
Salman Khan
mana satu yg real?
Princess Diana
Marilyn Monroe
Angelina Jolie

Christiano Ronaldo
Aishwarya rai & Amitabachan
Colin Farrell

Mohd Billy a.k.a Jebat.
yang ni jer bukan patung lilin hahaha

Sumber Gambar: Google