followers

busuk.org

Khamis, 5 April 2012

Proton Preve dilancar bulan ini



PUTRAJAYA – Model kereta global terbaharu Proton, yang sebelum ini hanya dipanggil dengan menggunakan kod nama P3-21A disahkan sebagai Proton Preve.

Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd., Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mengumumkan nama tersebut yang sebelum ini telah disebut-sebut dalam blog-blog permotoran tempatan.

Preve (disebut sebagai ‘prae vae’) menurut Syed Zainal, membawa maksud ‘proof’ (bukti) yang mana model terbaharu itu dianggap bukti kepada kemampuan Proton untuk mengeluarkan kenderaan berkualiti tinggi setanding dengan pengeluar kereta global yang lain.

Katanya, Preve juga membawa makna ‘envision’ (membayangkan) dalam bahasa Sepanyol.

“Proton Preve akan dilancarkan di pasaran domestik dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

“Kami akan turut memperkenalkan versi yang lebih sporty untuk model ini pada masa akan datang seperti versi R3 atau versi enjin CFE yang menggunakan transmisi manual,” katanya pada sidang akhbar sempena sesi pandu uji Proton Preve bersama media di sini semalam.

Sumber & Kredit: Kosmo

Beza Suka Dan Cinta







Beza Suka Dan Cinta

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


Sumber: Semanis Kurma



Rahsia Bulan Kelahiran | April

RAHSIA BULAN KELAHIRAN


APRIL

Sangat aktif dan dinamik. 
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. 
Sangat menarik dan pandai menjaga diri. 
Punya daya mental yang sangat kuat. 
Suka diberi perhatian. 
Sangat diplomatik (pandai memujuk ). 
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. 
Sangat berani dan tiada perasaan takut. 
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. 
Emosi cepat terusik. 
Cuba kawal perasaan. 
Kecenderungan bersifat pendendam. 
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. 
Kuat daya ingatan. 
Gerak hati yang sangat kuat. 
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. 
Berpenyakit disekitar kepala dan dada. 
Sangat cemburu dan terlalu cemburu


Sumber:

7 pesaing I Pad


As'salam..

KEHADIRAN iPad baru mencetus fenomena malah mendapat sambutan luar dugaan di seluruh dunia. Sehingga hari ini, dilaporkan lebih tiga juta unit iPad dikatakan sudah dijual di seluruh dunia.

Layar teknologi Retina serta sambungan 4G LTE (Long Term Evolution) menjadi fungsi utama dalam tablet pintar ini. 

Walaupun mendapat sambutan dan ramai yang bermimpi-mimpi memilikinya, ada beberapa tablet lain yang dianggap ancaman 'serius' dan pesaing rapat iPad terbaru ini.

Berikut disenaraikan tablet yang menjadi saingan iPad dari segi harga dan kebolehan teknologi yang dipaparkan:

ASUS PADFONE

GAJET hebat ini adalah gabungan tablet dan telefon pintar. Tablet ini beroperasi dengan OS Android 4.0, layar Super Amoled qHD serta prosesor dual core Snapdragon S4.

SAMSUNG GALAXY NOTE 10.1 

TABLET ini juga mempunyai stylus S Pen untuk melakukan pelbagai fungsi menarik seperti mencatat atau mengedit gambar.

Spesifikasi Galaxy Note 10.1 seperti layar resolusi 1280 x 800; prosesor dual core Exynos 1,2 GHz; kamera belakang 3MP; kamera depan 2MP; sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich; Wi Fi serta HSPA+.

TOSHIBA EXCITE X10

TOSHIBA Excite X10 memiliki ketebalan 0.76 cm dengan berat 0.5 kilogram. Beratnya ini hanya lebih beberapa gram daripada Lenovo IdeaTab S2. Tablet ini dilengkapi dengan prosesor TI OMAP 4330 dual core 1.2 Ghz, RAM 1GB, kamera belakang 5MP dan kamera depan 1.3 MP.

LENOVO IDEAPAD S2

TABLET ini memiliki keyboard dock yang boleh disatukan dengan senang ke rangka utamanya seperti Asus Transformer. Tablet ini dibekal dengan kamera 5MP, OS Android 4.0 serta prosesor dual core.

ASUS TRANSFORMER PAD INFINITY 700

TABLET ini termasuk Android paling laris di pasaran ketika ini, dibekalkan dengan prosesor quad core Nvidia Tegra 3 1.6 GHz dan memori dalamannya tersedia dalam dua pilihan, 32GB atau 64GB. Masih boleh ditambah slot microSD sehingga kapasiti 32GB.

LG OPTIMUS PAD LTE

TABLET ini menawarkan layar True HD IPS berukuran 8.9 inci dibekali dengan prosesor dual core Qualcomm 1.5GHz dan kamera 8MP.

SONY TABLET P

TABLET ini memiliki dua skrin masing-masing berukuran 5.5 inci dan tablet ini boleh dilipat. Seperti buku, ukurannya cukup kompak dan boleh diletakkan dalam saku.

Sony P boleh menampilkan dua halaman berbeza di kedua skrin seperti ketika dipakai membaca e-book. Sony P diperhebatkan dengan prosesor Nvidia Tegra 2, kamera depan dan belakang serta sambungan WiFi dan LTE.

Kredit:Berita Harian

Tips Buat Segmen Untuk Blogger Baru





Tips Buat Segmen Untuk Blogger Baru


As'salam..

Selamat pagi semua..:) tetibe plak gua rasa rajin awal pagi ni..pikir punya pikir gua buatlah entri ni...
tips tentang bagaimana nak berSEGMEN dengan cara mudah dan berkesan khas untuk blogger baru..huahuahua...

eh..eh..layak ke gua bagi tips ni? walhal gua baru pertama kali buat segmen lebih kurang seminggu yang lalu..
hahaha tarapa macha!! aktuli hasil dari segmen yang gua buat hari tu, alhamdulillah dapat sambutan yg menggalakkan dari rakan-rakan blogger..pada mulanya rasa gementar gak nak buat 'first segment'.yelah...takot jualan tak laku hahaha..

Oklah..korang nak tahu kenapa segmen pertama gua dapat sambutan? ( perasan )
hasil dari pengamatan gua,rasanya ada beberapa perkara yang korang kena ikut hehehe
jom terjah!!

1- header atau banner memainkan peranan penting,korang boleh cuba daya kreativiti korang nak buat esp
banner untuk segmen/kontes korang..lagi cantik lagi dapat perhatian ramai. tapi bagi gua, letak header blog lebih sesuai kut..

2- Pastikan pembaca dan follower korang dah ramai. sekurang-kurangnya 100-300. lagi ramai lagi gempak! dan yang paling penting korang jenis yang rajin Blogwalking

3- Elakkan meletak syarat yang agak menyusahkan blogger lain.
contohnya: minta dorang jadi follower (ada unsur paksaan).
like FB fan page, follow kat twitter dan yang paling penting, takyah minta dorang TAG blogger yang lain.
tak salah kalau dipermudahkan.

4- Pastikan korang update dengan pantas bila dah ada peserta. ini akan lebih menarik perhatian ramai untuk menyertai segmen korang.

5- untuk mendapatkan lebih ramai peserta, tak salah korang korbankan sedikit masa untuk BW blog ke blog untuk menjemput rakan atau blogger lain join segmen korang

tu jelah rasanya..kalau korang tak percaya..,korang boleh try test tips ini, insya allah menjadi :)

The Red Warrior Lepas Geram Keatas Arema FC



As'salam..

Walaupun keputusan jawatankuasa disiplin FAM
telah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman gantung 30 bulan dari sebarang aktiviti bolasepak peringkat nasional mahupun negeri kepada Tim. Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa
yang juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan,

Namun ini tidak mematahkan semangat pemain-pemain 'the red warrior' untuk beraksi cemerlang dengan membelasah pasukan Arema FC dari indonesia dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan H Piala AFC malam tadi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Penyerang import Kelantan dari Lubnan, Mohamad Ghaddar telah 'mengamuk' dengan meledakkan hatrik
untuk kelantan menang 3-0

Jurulatih kelantan, Bojan Hodak menyifatkan
kemenangan pasukannya malam ini adalah sebagai hadiah bermakna buat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.


p/s gomo kelate gomo!!