followers

busuk.org

Selasa, 3 April 2012

Gempar! Mayat wanita bogel terikat ditemui


Teka-teki mengenai bau busuk dari sebuah rumah yang menimbulkan tanda tanya kepada 
penduduk kampung Aman di Taiping, Perak akhirnya terbongkar selepas polis menemui 
mayat seorang wanita dalam keadaan bogel dan terikat.

Sepasukan polis yang diketuai Asisten Superintenden Saerah Dollah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, bergegas ke rumah berkenaan untuk menjalankan siasatan selepas menerima laporan dari penduduk kampung yang kurang selesa dengan bau busuk berkenaan.

Hasil siasatan polis, mayat mangsa dipercayai telah meninggal dunia tiga atau empat hari yang lalu
berikutan keadaan mayat yang diikat dengan wayar pada kedua-dua kakinya itu yang telah mulai membengkak. 

Menurut polis juga, kemungkinan berlakunya kes samun berikutan keadaan dalam rumah itu berselerak dan pintu bahagian dapurnya tidak berkunci.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

SEGMEN ERAZ FADLI : Masa Untuk BLOGWALKING



As'salam


Alhamdulillah hari ini gua diberikan kesihatan yang baik
untuk sama-sama memeriahkan segmen dari rakan blogger gua
dalam

SEGMEN ERAZ FADLI : Masa Untuk BLOGWALKING

so, kepada rakan-rakan yang lain
kalau berminat nak join,sile2lah klik banner kat atas ni ye :)

cepat! tarikh tutup sampai mlm ni jer taw..!

"semoga segmen ini memberi manfaat berguna kepada semua"

Serbuan The Red Warriors

As'salam..


Penyokong Annuar mahu FAM lebih telus !!

PENYOKONG setia Tan Sri Annuar Musa dari Kelantan menuntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersikap lebih telus dalam tindakan mereka dan bukan menjatuhkan hukuman berat ke atas ‘orang kuat’ The Red Warriors itu. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu akan berdepan perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu, Rabu ini dan penyokong beliau menyuarakan akan menyokong 100 peratus memastikan pemimpin bola sepak mereka itu menerima keputusan yang adil.
Difahamkan ribuan peminat setia bola sepak Kelantan di sekitar Lembah Kelang dijangka akan hadir di Wisma FAM pada hari berkenaan.

Gomo Kelate Gomo!!

Sumber: Berita Harian

p/s teringin nak join