followers

busuk.org

Ahad, 25 Mac 2012

Kedudukan pemandu F1 Dunia 2012


BERIKUT ialah kedudukan pemandu Formula Satu selepas kejohanan Grand Prix Malaysia Petronas 2012 di Litar Sepang hari ini.


1. Fernando Alonso (ESP) Scuderia Ferrari - 35 mata

2. Lewis Hamilton (GBR) Vodafone McLaren Mercedes - 30 mata

3. Jenson Button (GBR) Vodafone McLaren Mercedes - 25 mata

4. Mark Webber (AUS) Red Bull Racing - 24 mata

5. Sergio Perez (MEX) Sauber F1 Team - 22 mata

6. Sebastian Vettel (GER) Red Bull Racing - 18 mata

7. Kimi Raikkonen (FIN) Lotus F1 Team - 16 mata

8. Bruno Senna (BRA) Williams F1 Team - 8 mata

9. Kamui Kobayashi (JPN) Sauber F1 Team - 8 mata

10. Paul Di Resta (GBR) Sahara Force India F1 Team - 7 mata

11. Jean-Eric Vergne (FRA) Scuderia Toro Rosso - 4 mata

12. Daniel Ricciardo (AUS) Scuderia Toro Rosso - 2 mata

13. Nico Hulkenberg (GER) Sahara Force India F1 Team - 2 mata

14. Michael Schumacher (GER) Mercedes AMG Petronas F1 Team - 1 mata

15. Nico Rosberg (GER) Mercedes AMG Petronas F1 Team - 0 mata

16. Pastor Maldonado (VEN) Williams F1 Team - 0 mata

17. Timo Glock (GER) Marussia F1 Team - 0 mata

18. Charles Pic (FRA) Marussia F1 Team - 0 mata

19. Felipe Massa (BRA) Scuderia Ferrari - 0 mata

20. Vitaly Petrov (RUS) Caterham F1 Team - 0 mata

21. Heikki Kovalainen (FIN) Caterham F1 Team - 0 mata

22. Narain Karthikeyan (IND) HRT F1 Team - 0 mata

23. Pedro De La Rosa (ESP) HRT F1 Team - 0 mata

- Bernama

Kredit: Sinar Harian

Suspek kes bunuh Dirang didakwa esok

JOHOR BAHRU - Tiga individu yang disyaki terlibat dalam kes Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau dikenali dengan panggilan Dirang, yang dibunuh dan dibakar awal bulan ini, akan didakwa di mahkamah, esok.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, salah seorang individu itu akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Semua mereka akan didakwa esok dan seorang (lagi) akan didakwa kerana (kesalahan) penyalahgunaan dadah manakala nasib seorang (suspek) wanita hanya akan diketahui esok," kata beliau selepas Majlis Peringatan Hari Polis ke-205 di Setia Indah di sini, hari ini.
Jumaat lalu, perintah tahanan reman terhadap tiga suspek berkenaan dilanjutkan seminggu lagi.
Pendaftar Mahkamah Rendah, Hidayah Manaf melanjutkan tempoh tahanan reman bagi membolehkan polis meneruskan siasatan lanjut, selain mengumpul bukti berhubung kes terbabit. Ketiga-tiga suspek berusia 30-an serta 40-an.
Dirang dilaporkan hilang ketika keluar untuk membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu. Dia disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar, 12 Mac lalu.
Polis sebelum ini menahan empat orang termasuk bapa kandung Dirang bagi membantu siasatan. Bagaimanapun siasatan polis mendapati bapa Dirang tidak terlibat dengan pembunuhan anaknya itu.
Ketiga-tiga mereka juga didapati positif dadah selain dua daripada mereka turut mempunyai rekod jenayah atas kesalahan dadah dan curi.
Mengulas mengenai ugutan bunuh yang diterima ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, melalui sistem pesanan ringkas (SMS), Mohd Mokhtar berkata, dua individu iaitu seorang lelaki dan teman wanitanya telah disoal siasat bagi membantu siasatan.
“Polis telah menyiasat dan mendapati telefon tersebut telah digunakan oleh anak lelaki tersebut bersama rakan sebayanya berusia 11 tahun bagi menghantar SMS itu.
“Kertas siasatan telah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya bagaimanapun tiada tindakan undang-undang dikenakan kerana mengikut peruntukkan undang-undang, bagi kanak-kanak berusia 10  tahun ke atas sehingga bawah 12 tahun, tidak mampu menimbang keadaan dan akibat, jadi tiada kesalahan,” katanya.

Segmen 3 : Menambah Followers Di Blog Anda


Salam..

hari ni gua join 

"Segmen 3 : Menambah Followers Di Blog Anda" 

bagi mereka2 yang nak join
korang boleh klik banner kiut kat atas ni

Serangga pelik ditemui di indonesia

As'salam..

Saintis telah menemui sejenis spesis serangga pelik di kepulauan sulawesi,indonesia.
serangga bersaiz 6.4 sentimeter (cm) dan memiliki rahang lebih panjang berbanding kaki itu
ditemui di pergunungan Mekongga, tenggara Sulawesi.

Saintis mendakwa bahawa ia adalah penemuan yang sangat membingungkan mereka kerana
serangga itu mampu berjalan dengan membawa rahang yang begitu besar berbanding kakinya.
dan masih belum dapat mentafsirkan keadaan sebenar biologi mengenainya.

Menurut Profesor kaji serangga Universiti California, Lynn Kimsey,
berikutan penemuan itu,serangga itu kini dinamakan 'Garuda' yang melambangkan simbol kepada negara indonesia.

Hiburan | Ariel menyesal!!



Ariel menyesal!!


Bermula dengan hidup sebagai anak seni yang dijulang kemasyhuran sebelum beralih kepada kehidupan sebagai banduan nyata bukan sesuatu yang dibanggakan oleh Ariel Peterpan.
kalau dahulu dia sibuk menghiburkan peminatnya dan dikawal pengawal peribadi, kini gaya hidup vokalis utama kumpulan Peterpan itu sejak hampir dua tahun lalu jauh berubah.

Kini dia sentiasa dikawal pihak berkuasa selepas didapati bersalah oleh mahkamah gara-gara pengedaran rakaman video dan gambar lucahnya dengan dua artis wanita popular, Luna Maya dan Cut Tari pada tahun 2010.

Akibatnya, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham, 31, terpaksa menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Rumah Tahanan Negara Bandung.

Dalam satu temu bual dengan wartawan semalam, Ariel mengaku dia terlalu mengikut nafsu dan pemikirannya yang dangkal.

“Hanya orang yang melakukan kesilapan seperti saya sahaja yang tahu apa itu maksud menyesal,” kata Ariel.

Selama dalam tahanan, penyanyi itu menganggap pengalaman yang dilaluinya memberikan rahmat yang bukan sedikit.
Tajuk: Mungkin Nanti
Artist : Peterpan
Lirik Lagu : Peterpan

Saatnya ku berkata mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri.

P/S Gua masih hafal lagu ni sampai sekarang,kerana gua salah seorang dari peminat Peterpan.


Kredit: Kosmo