followers

busuk.org

Jumaat, 23 Mac 2012

Fabrice Muamba 'mati' selama 78 minit



Jantung pemain kelab bola sepak Bolton, Fabrice Muamba berhenti berdegup selama 78 minit dan dia sepatutnya telah meninggal dunia, kata pasukan doktor kelab itu kelmarin.
Bagaimanapun, jantungnya berfungsi semula selepas alat defibrilator digunakan pada dadanya sebanyak 15 kali semasa dia dirawat di Hospital Dada London di sini.
Muamba rebah di atas padang ketika pertemuan suku akhir Piala FA diantara Bolton dgn Tottenham pada sabtu lalu kerana serangan jantung. Masa selama 30 minit lagi diperlukan untuk menghidupkan semula jantungnya di hospital berkenaan.
Selepas 15 kali kejutan listrik dengan alat defibrilator dilakukan, jantung pemain tersebut berdenyut semula.
Sebanyak 12 daripada 15 kejutan listrik itu dibuat di dalam ambulans.


Gempar! Ibu tikam bayi baru lahir, buang dalam semak


JAKARTA - Seorang ibu tidak berhati perut di Jawa Barat ditahan, kelmarin kerana cuba membunuh anaknya, yang lahir minggu lalu, dengan menikam dan meninggalkan bayi itu dalam semak.

Siti Sundari, 18, dipercayai melahirkan bayi lelaki di bilik sewa di Cikeas Udik, Bogor, Jumaat lalu.

"Gara-gara malu melahirkan anak tidak sah taraf, suspek telah bertindak di luar kawalan dan berniat untuk membunuhnya," kata ketua detektif balai polis Gunung Putri, Donggor Panjaitan.

Menurutnya lagi, tangisan kuat bayi berumur tiga hari itu menyebabkan penduduk sekitar kawasan tersebut menemuinya dalam keadaan menyedihkan dengan kesan luka sepanjang 11.5 sentimeter di belakang tubuhnya pada malam Isnin lalu.

Semasa soal siasat oleh polis, Siti mengaku dia melakukan tindakan kejam tersebut kerana tidak mampu untuk membesarkan anaknya.

Dalam perkembangan terbaru, jururawat di Hospital Besar Cibinong menyatakan bayi seberat 2.17 kilogram itu kini semakin sembuh walaupun luka tersebut nyaris meragut nyawanya.

Sementara itu, ibunya telah dihantar ke Hospital Kramat Jati di Jakarta Timur untuk menjalani ujian psikiatri.
Kredit: Sinar Harian

10 Tips Menolak Cinta Sahabat Karib


10 Tips Menolak Cinta Sahabat Karib


Assalamualaikum..
Mungkin ada diantara rakan-rakan disini yang pernah mengalami perkara ini.iaitu jatuh cinta pada sahabat karib atau dicintai sahabat karib.. bengang bukan?. tak tahu perkara apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi situasi ini..lainlah kalau memang dua-dua dah suka tapi yang parahnya kalau korang atau sahabat korang itu menganggap hubungan itu tidak lebih dari seorang sahabat karib sahaja.
jadi secara tak langsung akan timbul konflik disini.. nak terima sebab kesian dan nak tolak takut kehilangan sahabat. Jadi disini ada beberapa tips berguna yang korang boleh praktikkan ketika menghadapi situasi ini.


1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri-ciri kekasih yang sejati.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri-ciri pasangan yang diidamkan olehnya.


6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.

10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu benar-benar tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya KAU MASIH SAHABATKU


Kredit: Semanis Kurma