followers

busuk.org

Khamis, 22 Mac 2012

Dia hanya berkerusi roda apabila menggoncang dunia


Assalamualaikum..

Hari ini, 22 Mac 2012 genap sudah 8 tahun syahidnya bapa intifadah Palestin iaitu 
As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. Beliau dibunuh Zionis pada pagi 22 Mac 2004 ketika diperjalanan balik ke rumah selepas menyelesaikan Solat Subuh. Beliau merupakan Ketua/Pengasas HAMAS & Mursyid Am Ikhwan Al-Muslimin di Palestin. 

Antara kata2 beliau sebelum syahid, "Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi."

Dia hanya berkerusi roda menggoncang dunia. Hanya dengan kata2 dia mampu menggugat musuh kerana dia berkata dari hatinya yang penuh dengan iman dan taqwa.

Semoga roh perjuangan beliau terus bersama umat Islam akhir zaman ini. Al-Fatihah!

Gaun Pengantin Terpanjang Di Dunia


Salam..

Woow...!! Pecah rekod weii..!! gaun pengantin terpanjang di dunia!!
macam tak percaya gua.. fuhh!! pelik sungguh dunia sekarang..macam-macam adaaa..

Korang jangan tak percaya plak..inilah gaun pengantin terpanjang di dunia wa cakap lu beb..!
kalau korang nak tahu,gaun ini panjangnya 3 kilometer dan mengambil masa 100 hari untuk dijahit
dengan melibatkan 10 orang tukang jahit..

Gaun ini juga telah diiktiraf oleh 

Guinness Book of World Records
dan telah mengatasi rekod gaun terdahulu dari Belanda yang sepanjang 2.48km.

lepas ni kita tunggu plak apa lagi yang terpanjang,terpendek,terbesar,terkecil,tertinggi
dan macam-macam ter lagila..hahaa..
yela manusia zaman sekarang makin galak nak tonjolkan diri dan bersaing untuk sesuatu perkara
sehinggalah sampai satu tahap tu langsung tak masuk akal apa yang dorang buat.
Tapi, apa-apa pun manusia dah makin bijak..

P/S nak buat entri terpanjang di dunia..mampukah gua?

SPM 2011: 559 dapat A+ semua subjek


PUTRAJAYA - Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.

"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas.

Abd Ghafar berkata seramai tujuh calon memperoleh semua A+ dalam 12 mata pelajaran, 72 calon (11 mata pelajaran), 284 calon (10 mata pelajaran) dan 143 calon (sembilan pelajaran).

Berdasarkan GPN, Abd Ghafar berkata keputusan SPM 2011 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun.

Kredit: SinarHarian

Telefon Pintar | LG Optimus 3D P920


Salam..

Memperkenalkan

LG Optimus 3D P920 

LG Corp memperkenalkan telefon pintar 3D pertama di dunia yang mengetengahkan inovasi penyampaian visual lebih kreatif dan serta menepati standard teknologi 3D tahun ini.

Lebih menarik, LG Optimus 3D P920 adalah peranti moden yang tidak memerlukan penggunaan kaca mata khas 3D ketika melihat semula imej dan video yang dirakam. 

Pada ukuran 128.8 x 68 x 11.9 milimeter dan seberat 168 gram, saiz telefon pintar ini adalah lebih besar
Sistem 3D pada telefon pintar LG Optimus itu turut menyokong format video 2D. Ini bagi membolehkan pengguna menikmati format imej Definisi Tinggi (HD) lengkap 1080p kerana sistem 3D yang diperkenalkan hanya mampu menyediakan rakaman visual pada resolusi 720p.

Mengenai harga, ia belum dapat dipastikan..

Sumber: BH