followers

busuk.org

Rabu, 21 Mac 2012

Messi atasi pendapatan Beckham



LONDON - Selain bergelar pemain terbaik dunia, penyerang Argentina, Lionel Messi juga merupakan pemain yang menerima bayaran tertinggi tahun ini.

Bintang sensasi Barcelona itu dijangka akan memperoleh pendapatan sebanyak £27.4 juta (RM133.577 juta) tahun ini menerusi gaji serta bonus sebagai pemain selain penajaan dan pengiklanan yang membabitkan dirinya.

Gaji tahunan sebanyak £13 juta (RM63 juta) yang diterima Messi akan bertambah menerusi pembabitan dirinya sebagai duta bersama dua jenama terkemuka dunia iaitu Pepsi dan Adidas.

Menurut laporan yang disediakan oleh majalahFrance Football itu, bekas kapten England, David Beckham berada di tempat kedua sebagai pemain yang menerima pendapatan tertinggi.

Meskipun sekadar beraksi bersama Los Angeles Galaxy (LA Galaxy) dalam saingan Major League Soccer (MLS) namun Beckham masih mampu untuk meneruskan kehidupan mewahnya.

Beckham, 36, dijangka akan memperoleh pendapatan sebanyak £26 juta (RM126.7 juta) tahun ini menerusi pembabitannya sebagai duta jenama terutama selepas menandatangani perjanjian sebagai duta Samsung sempena temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Pemain sayap Real Madrid, Cristiano Ronaldo berada di tempat ketiga diikuti penyerang Anzhi Makhachkala, Samuel Eto'o manakala penyerang Manchester United, Wayne Rooney, kelima.

Sementara itu, jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho menjadi jurulatih paling tinggi menerima bayaran dengan pendapatan sebanyak £10.19 (RM49.67 juta) tahun ini.

Jurulatih Paris St. Germain (PSG), Carlo Ancelotti berada di tangga kedua diikuti jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, ketiga. - Agensi

Kredit:Kosmo


Unik Atau Penghinaan?


Salam..

Sebuah Hotel di China menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil unik.
ia direka bentuk menyerupai askar jepun dengan mulut ternganga

Tetapi ramai juga yang berpendapat bahawa ini hanyalah sebagai provokasi dan penghinaan
berikutan hubungan kedua-dua buah negara kerap tegang berhubung perbalahan tentang pemilikan beberapa buah pulau di Laut China Timur

Uji bakat Imam Muda kini di Youtube!


Salam..

Berita baik bagi peminat-peminat Program Realiti TV Imam Muda musim ke-3

Kepada mereka yang berminat ingin menyertai ujibakat program ini,
anda kini boleh mengikuti siri ujibakat pencarian imam muda melalui You Tube.

Penyertaan terbuka pada lelaki Islam berumur 18 hingga 30 tahun dan peserta mestilah fasih berbahasa Melayu dan mempunyai latar belakang agama Islam yang baik. 

Uji bakat melalui online diperkenalkan buat pertama kalinya pada musim ketiga ini. Peserta dikehendaki melayari www.imammuda.com.my untuk memuat turun borang.

Kemudian peserta dikehendaki merakam dengan video kamera dua bacaan dalam al-Quran seperti ditetapkan. Rakaman yang telah lengkap hendaklah dimuat naik ke laman Youtube melalui akaun yang dibuka peserta uji bakat sendiri. Borang yang lengkap berserta pautan video di Youtube hendaklah di email menerusi imammuda@astro.com.my. Ujibakat berlangsung mulai 19 Mac 2012 sehingga 31 Mac 2012.


Sumber: Sinar Harian

Kamu Berkahwin Kerana Apa?

Hiasan
Sumber: Pakcik Google

Kamu Berkahwin Kerana Apa?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan .

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

>Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal² yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Akan tetapi,

> Jika hakikat pernikahan anda adalah kerana untuk menyempurnakan IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

> ALLAH mencintai hamba-NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.

> Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh,
> Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut,
> Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur,
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
> Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh..


Empat Malaikat Diutus Ketika Kita Jatuh Sakit

Empat Malaikat Diutus Ketika Kita Jatuh Sakit


Hiasan

Assalamualaikum...

Ketahui wahai rakan-rakan bahawa
Apabila seseorang hamba Allah itu jatuh sakit,  maka Allah akan utuskan 4 malaikat ini

- Malaikat pertama akan mengambil selera makan..
- Malaikat kedua akan mengambil rezeki..
- Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajah(muka pucat)
- Malaikat keempat akan mengambil dosanya..


Apabila sampai waktu yang Allah tetapkan untuk hambanya supaya kembali sihat, Allah akan menyuruh malaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka. Tetapi Allah tidak menyuruh malaikat keempat supaya memberi balik dosa hamba tersebut. Lihatlah, betapa sayangnya Allah terhadap kita, tetapi kita tidak mengetahuinya. Subhanallah! Allahu Akhbar..


Sumber