followers

busuk.org

Selasa, 20 Mac 2012

Isteri tinggalkan suami diberi hadiah RM30,572



NEW DELHI, India - Seorang wanita, Anita Narre menerima sekeping cek bernilai AS$10,000 (RM30,572) kerana keberaniannya meninggalkan suaminya selepas mendapati rumah keluarga lelaki itu tiada kemudahan tandas.
Cek tersebut merupakan sumbangan sebuah pertubuhan amal antarabangsa itu disampaikan oleh Menteri Kesatuan Untuk Pembangunan Luar Bandar, Panchayati Raj Jairam Ramesh pada satu majlis di sini semalam.
Anita meninggalkan rumah mertuanya selepas beberapa hari dia mendirikan rumah tangga di sebuah kampung di wilayah Madhya Pradesh.
Dia mengahwini suaminya, Shivram Narre pada 13 Mei 2011
Anita, 23, meninggalkan suaminya kerana dia enggan membuang air besar di tempat terbuka seperti yang biasa dilakukan oleh penduduk di kawasan pedalaman India.
Dia hanya pulang ke pangkuan suaminya selepas keluarga mertuanya membina sebuah tandas di rumah mereka.
Tindakannya itu telah mendorong kaum wanita di kampung berkenaan mendesak suami mereka supaya menyediakan kemudahan tandas di rumah masing-masing. - Agensi
Kredit: Kosmo

AJAIBNYA TANGAN SEORANG IBU


AJAIBNYA TANGAN SEORANG IBU .

Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuap.
Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman.
Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengesat air mata
Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah Syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia.
Ketika kita mengantuk, tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang.
Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kekotoran.
Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai kita sambil
berkata : "Sabarlah nak , sabar ye sayang"


Huawei Pesaing Baru

HUAWEI, gergasi telekomunikasi China yang juga pengedar perkakasan infrastruktur telekomunikasi kedua terbesar dunia selepas Ericsson, menyertai persaingan dalam segmen telefon pintar Android dengan model baru yang berdaya saing. 
Telefon pintar yang dinamakan Huawei Honor ini mendapat maklum balas positif daripada pengguna dan pengkritik apabila ia bukan saja menepati kualiti sebuah telefon pintar tetapi juga lebih baik berbanding telefon lain dalam kelasnya. 
Huawei Honor menggunakan sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich dan dipacu prosesor teras tunggal 1.4GHz dengan kapasiti RAM 512MB dan ROM 4GB.

Sesuai dengan kehendak pengguna yang sentiasa mahukan saat istimewa dirakam dan dimuat naik terus ke laman sosial, Huawei Honor dilengkapi dua kamera iaitu kamera HDR 8MP (mega piksel) di bahagian belakang yang turut disokong lampu flash LED dan kamera depan 0.3MP. 

Huawei Honor mampu merakam imej secara dinamik walau dalam apa juga persekitaran termasuk ketika cahaya kurang dan merakam video definisi tinggi dengan 720p. 
Reka bentuk telefon pintar ini menerapkan sentuhan elemen kaca yang eksklusif dengan binaan nipis 10.9 milimeter dan berat sekitar 140 gram. 

Secara keseluruhan, Huawei Honor adalah model telefon terbaik dalam kelasnya yang menawarkan kualiti melebihi harga yang ditawarkan iaitu RM1,099. 

Kredit Berita Harian