followers

busuk.org

Isnin, 19 Mac 2012

Koleksi Gambar Zaman Kanak-Kanak Artis Wanita Malaysia

Koleksi Gambar Zaman Kanak-Kanak Artis Wanita Malaysia

Fara Fauzana
Faezah Elai
Neelofa
Lisa Surihani
Nana AF
Siti Nurhaliza

Fasha Sanda
Scha Al-Yahya
Diana Danielle
Tiz Zakiyah

Lukisan Seakan-akan gambar sebenar yang awesome!


As'salam..
Ini bukan gambar tetapi lukisan yang seakan-akan sebuah gambar beresolusi tinggi
Imej seperti gambar fotografi ini sebenarnya lukisan hitam putih hasil lakaran 
seorang artis hyper­realist di Glasgow, Scotland.

Paul Cadden, 47, mampu melukis semula imej realistik mengagumkan 
hanya menggunakan sebatang pensel.
Cadden berjaya menghasilkan kedut-kedutan wajah seorang wanita, kepulan asap dari 
sebatang rokok serta titisan air seperti foto sebenar.

Lukisan yang dihasilkannya menggunakan teknik hyperrealism 
(luki­san menyerupai gambar sebenar beresolusi tinggi).

Cadden mengambil masa sehingga enam minggu untuk menyiapkan sesebuah
lukisan.


Telefon bimbit beri kesan buruk kepada bayi

Gambar Hiasan

LONDON - Bakal ibu diingatkan bahawa penggunaan telefon bimbit secara kerap bakal mengundang masalah tingkah laku bayi selepas ia dilahirkan.

Pakar dari Universiti Yale menyarankan wanita hamil mengehadkan penggunaan telefon bimbit bagi mengelakkan bayi terdedah kepada radiasi secara berlebihan.

Hasil eksperimen yang dijalankan mendapati radiasi daripada telefon bimbit mampu memberi kesan terhadap perkembangan otak anak, menjadikannya terlalu aktif dan melemahkan ingatan.



Kredit: Sinar Harian


Nak Test Buat Segmen


Assalamualaikum..

Hai korang...gua saje nak tahu
kalau gua buat segmen korang sudi tak join?hehehe...
gua nak cadang untuk pertama kalinya gua rasa tibalah masanya gua nak buat segmen
tapi sebelum tu gua nak tengok respon dari korang..
so,kalau sudi dan nak bagi sokongan sile2lah komen sini ye..
dan korang digalakkan bagi cadangan 
segmen ape yang gua patut buat..huahua..

Happy BW!!

Wajib Baca! Tips Kecantikan Sepanjang Zaman


Tips kecantikan sepanjang zaman..

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Laluberkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) – (HR Ahmad) – Doa tengok cermin.

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. – selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Sumber


The Spider Yang Unik!!




WASHINGTON - Ia mungkin kelihatan seperti sebuah pengisar lada berteknologi tinggi, tetapi sebenarnya alat elektronik tiga dalam satu ini didakwa bakal menggantikan telefon bimbit, komputer riba dan mungkin juga televisyen.
Projektor kecil, The Spider hasil ciptaan Nikolaus Frank dilengkapi pelbagai fungsi termasuk boleh mengeluarkan papan kekunci di atas meja dengan menggunakan pancaran laser beresolusi tinggi.

Produk unik tersebut dicipta untuk syarikat pereka Franketc dan berfungsi sebagai peranti bagi generasi akan yang dijangka mampu bersaing dengan alat elektronik sedia ada keluaran Apple seperti iPhone dan iPad.

Kredit: Sinar Harian


Wajib Baca! 22 Sebab KENAPA Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah anda


22 Sebab KENAPA Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah anda 


1- Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2- Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3- Rumah yang memelihara anjing.

4- Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5- Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8- Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12- Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14- Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16- Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.


Mari kongsikan...