followers

busuk.org

Ahad, 18 Mac 2012

Petani Jumpa UFO Dalam Lubang


As'salam..

Seorang lelaki yang sedang mencari kucingnya yang hilang, telah menemui lubang yang dipercayai 
mengandungi sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO).

Kejadian ini berlaku di Vienna apabila seorang petani, Frank Knoglinger menemui lubang bulat sedalam 7.62 meter, di barat laut Austria ketika mencari kucing malam Ahad lalu dan mula menyiasat untuk mengetahui apa yang ada di dalam lubang berkenaan.

“Saya mencari kucing peliharaan keluarga apabila ternampak lubang itu. Saya tidak tahu ia sedalam mana jadi saya lempar seketul batu dan mendengar bunyi kuat seperti besi.

“Saya dapat mencari magnet besar dan melemparkan ia ke bawah hingga melekat pada sesuatu. Ada sesuatu yang besar di bawah sana. Ia juga kedengaran seperti ada ruang kosong di sekitar objek itu. Ia kedengaran seperti ada bilik di bawah tanah ,” katanya kepada Austrian Times.


Pengasas Red Bull meninggal dunia





BANGKOK - Bilionair Chaleo Yoovidhya yang merupakan pengasas bersama minuman tenaga Red Bull meninggal dunia pada usia 89 tahun semalam akibat sakit tua, kata seorang jurucakap syarikat berkenaan.

Menurut majalah Forbes, Chaleo ialah lelaki kedua terkaya di Thailand dengan nilai aset AS$5 bilion (RM15.2 bilion) pada tahun lalu.

Dilahirkan dalam keluarga miskin berketurunan China-Thai, keluarga Chaleo menyara kehidupan dengan menternak itik dan menjual buah-buahan di wilayah Phicit, utara Thailand.

Beliau kemudian berpindah ke ibu kota Thailand untuk bekerja di kedai ubat saudara lelakinya sebelum menjadi seorang jurujual.

Chaleo seterusnya membina kilang farmaseutikalnya sendiri di sini.

Kilangnya, TC Pharmaceuticals menghasilkan minuman tonik dinamakan Krating Daeng yang mendapat sambutan hebat dalam kalangan pekerja kilang dan pemandu lori.

Populariti tonik tersebut kemudian dijadikan inspirasi oleh Chaleo untuk menghasilkan Red Bull.

Sumber

Gambar Ferrari Terbakar | Hikmah Disebalik Kejadian

Salam..
Cuba bayangkan kereta korang jadi macam ni...
peeerrrggghh!!! Gua sendiri tak dapat bayangkan perasaan gua..
tapi semua ini ketentuan ilahi..dah takdir kereta ferrari ni terbakar..
tapi syukurlah pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan apabila sempat keluar dari Ferrari miliknya.


Kejadian ini berlaku di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) dekat Mantin di sini semalam.
Difahamkan, ketika kejadian lelaki tersebut memandu jentera mewahnya itu dalam satu konvoi kenderaan menghala ke Seremban tetapi memberhentikan keretanya di bahu jalan apabila mendapati ferrarinya itu tiba-tiba berasap dan kemudiannya terbakar.


Disebalik kejadian ini ada jugak hikmahnya..
yelah..mahal macam mana pun sesebuah kenderaan atau apa-apa pun benda kat dunia ni
kalau dah tuhan takdirkan jadi macam ni,akhirnya akan hilang jugak dari pandangan kita..
Dan disinilah ujian Allah berikan kepada kita. perkataan SABAR dan BERSYUKUR
sesungguhnya perlu ada dalam diri kita..
Kerana segalanya adalah ketentuan dariNya.

Dan yang pasti segala yang kita miliki di dunia ini bukanlah hak mutlak kita.
melainkan milik Allah S.W.T
Semua atas kehendakNya.
Wallahualam..





P/S motor harley davidson akhirnya akan setaraf dengan kapcai apabila sama-sama berteduh dibawah bustop apabila hujan..:)