followers

busuk.org

Sabtu, 17 Mac 2012

Gambar Askar AS Bunuh 16 Rakyat Afgan Didedahkan


Salam..

Inilah wajah askar Amerika Syarikat (AS) yang melakukan pembunuhan kejam terhadap 
16 rakyat Afghanistan termasuk 9 kanak-kanak serta membakar sebahagian daripada mereka awal minggu lalu. 

Sarjan Robert Bales,38 akan dibawa balik ke Amerika untuk menghadapi tuduhan membunuh.
Beliau yang dikatakan mempunyai masalah mental membunuh 16 orang awam di afghanistan
selepas sehari menyaksikan  kaki rakannya berkecai. Dia yang kononnya ingin membalas dendam telah melakukan pembunuhan itu dengan kejam dan tanpa belas kasihan.

UNTUK ISTERI TERSAYANG


UNTUK ISTERI TERSAYANG 


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...