followers

busuk.org

Isnin, 12 Mac 2012

Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang


SENAI - Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.

Kredit: Sinar Harian

Wajib Baca! Kesalahan Pemakaian Wanita Bertudung



Salam..
hai semua..entri gua kali ini adalah berkaitan tentang cara pemakaian oleh kaum wanita bertudung.
mungkin ada yang menganggap Tudung hanyalah sebagai fesyen bagi sesetengah si pemakai tanpa menghiraukan fesyen pakaian yang dipakai samada padan atau tidak dengan imej bertudung.
maka itulah ada sesetengah yang tidak ambil peduli tentang perihal aurat..bagi mereka asal dah pakai tudung kire ok lah...! haaiiissshhh

Sebenarnya ramai dikalangan wanita bertudung yang masih tak sedar apakah kepentingannya menjaga aurat..jadi sebab itulah ramai yang kurang memahami tentang permasalahan ini..

Jadi, disini gua nak kongsikan beberapa kesalahan bagi wanita bertudung dan cara pemakaian mereka

KESALAHAN GAMBAR A
  • Kain yang dipakai terlalu singkat
Menurut riwayat Imam Tarmizi dan Nasa'i, dari Ummu Salamah r.a. "Ya Rasulullah, Bagaimana perempuan akan berbuat kain-kain mereka yang sebelah bawah?"
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi keatasnya".

KESALAHAN GAMBAR B
  • Tudung tidak menutupi dada
Allah S.W.T. berfirman dalam surah An Nur, Ayat 31
Bermaksud: "...hendaklah mereka tutupkan tudung (selendang) mereka ke leher dan ke dada mereka"

KESALAHAN GAMBAR C
  • Tudung tidak menutupi dada
  • Lengan blaus pendek
  • Tidak bersarung kaki
  • Kain yang dipakai terlalu singkat
"Sesungguhnya, Sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian, tetapi yang telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat, Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya" Riwayat Bukhari dan Muslim.

KESALAHAN GAMBAR D
  • Pakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"..hendaklah kamu meminjamkan dia baju yang panjang dan longgar itu"

  • Solekan yang jelas dilihat (lipstik)
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al 'Araf: ayat 31, 
bermaksud: ..."Pakailah perhiasanmu pada setiap waktu sembahyang, Makanlah dan minumlah dan jangan melampaui batas.

KESALAHAN GAMBAR E


  • Tudung tidak menutupi dada
  • Tidak bersarung kaki
  • Pakaian ketat menampakkan susuk badan
  • Blaus yang dipakai terlalu singkat
"Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman; hendaklah mereka merendahkan pemandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka..." Surah An Nur, Ayat 31


KESALAHAN GAMBAR F



  • Lengan blaus pendek
  • Tidak bersarung kaki
  • Kain yang dipakai berbelah di depan (slit)
"Barang siapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah S.W.T akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti".
Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasa'i dan Ibnu Majah


All England | Datuk Lee Chong Wei Gagal Cipta Hatrik Kerana Kecederaan


Salam...

Jaguh perseorangan Negara,Datuk Lee Chong Wei gagal memenuhi impiannya untuk mendominasi buat kali ke-3 berturut-turut Kejuaraan All England
apabila memberikan kemenangan percuma kepada musuh tradisinya Lin Dan dari China kerana mengalami kecederaan.
Chong wei yang cedera di bahu kanannya dan cuba berkali-kali mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan kejohanan bagaimanapun cuba untuk memberikan tentangan pada set pertama.
tetapi tewas dengan 19-21. bagaimanapun chong wei terpaksa menarik diri pada set ke-2
apabila kecederaannya kelihatan semakin serius.

Tahniah kepada Lin Dan..!
begitu juga kepada Chong Wei..

Doktor tunjuk hebat Ferrari di YouTube bawa padah


TOKYO - Gara-gara hendak menunjukkan 'kehebatan dan keindahan' Ferrari berharga sekitar RM800,000, seorang doktor Jepun berhadapan dengan kontroversi apabila rakaman dia memandu laju kereta mewah itu, yang dimuatkan di YouTube, mencetuskan kemarahan orang ramai.

Doktor itu kini berhadapan dengan tuduhan memandu terlalu laju di kawasan larangan.

Rakaman YouTube menunjukkan dia memandu pada kelajuan 124km/j (77mpj) di zon yang hanya membenarkan 40km/j (25mpj).

Pengguna YouTube yang marah dengan sikap doktor berusia 50 tahun, dari Okawa, ini membuat laporan polis.

Laporan media memetik dia sebagai berkata, dia hanya mahu orang ramai mengetahui keindahan sebuah Ferrari.

Klip video enam minit dengan tajuk "Ferrari 458 Italia Drive in Japan 2011" dirakamkan menggunakan kamera yang dipasang di belakang kereta.

Rakaman pada pagi 24 April 2011 menunjukkan kereta itu meninggalkan tempat letak kereta bawah tanah dan kemudian menggunakan lebuh raya dan melalui jalan tepi pantai.

Laporan BBC menyebut seramai 84 memberi isyarat tidak menyukai klip itu berbanding hanya 19 orang menerimanya dengan baik.

Menurut laporan itu yang memetik AFP, pihak polis memulakan siasatan sebaik mendapat aduan orang ramai pada Mei lalu.

Pemandu yang telah dikenal pasti itu boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda sekitar RM3,600 jika sabit kesalahan.

Kredit: Sinar Harian