followers

busuk.org

Jumaat, 9 Mac 2012

Tangisan Kerana Anak



Salam..

KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.

~Gua taknak komen apa2 sebab gua sedih sangat tengok nenek tua ni..
pandai2lah korang komen ye... :(




p/s gua pun anak tunggal tapi gua sayangkan ibu gua..

Mulakan kajian SSM sekarang, kata Cuepacs


MELAKA - Cuepacs berharap penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia dapat dilaksanakan segera.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sebaiknya perbincangan berhubung langkah penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dimulakan dari sekarang selepas sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan.

"Kita harap suruhanjaya ini cepat ditubuhkan dan dapat jasa baik Perdana Menteri, siapa yang jadi pengerusi (suruhanjaya) dapat diumumkan secepat mungkin.

"Ini kerana nak menyediakan sesuatu skim bukannya mudah," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Melaka di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka, di sini hari ini.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya semalam. Beliau turut mengumumkan pembatalan SBPA dan pelaksanaan semula SSM yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Mengulas lanjut, Omar berkata antara perkara yang memerlukan perhatian segera suruhanhaya itu ialah isu tangga gaji maksimum.

Ini kerana katanya dengan pembatalan SBPA, isu tangga gaji maksimum yang sebelum ini dibangkitkan di dalam SSM akan kembali berlaku.

"Sebagai contoh kalau gaji seseorang penjawat awam RM4,000, dapat pelarasan gaji 13 peratus, naiklah RM520 tetapi selepas itu habislah (kerana gaji maksimum), ini semua perlu dilihat kembali kerana dalam SBPA dahulu inilah perkara utama yang dibangkitkan," katanya. – Bernama


Sinar Harian



iPad baharu diperkenalkan


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Komputer tablet iPad baharu keluaran syarikat Apple akan lebih tebal dan berat daripada iPad 2 ekoran gajet berkenaan dilengkapi bateri lebih besar dan berkuasa.

Namun, jangka hayat bateri baharu tersebut kekal sekitar 10 jam sama seperti iPad 2.

iPad baharu menggunakan lebih banyak kuasa kerana resolusi skrin komputer tablet berkenaan ditingkatkan sebanyak empat kali ganda.

Apple memperkenalkan gajet berkenaan pada satu majlis di sini kelmarin.

Tebal iPad baharu adalah 9.4 milimeter (mm) berbanding ketebalan 8.8mm untuk iPad 2.

Berat model iPad baharu yang dilengkapi Wi-Fi turut meningkat daripada 0.6 kilogram (kg) kepada 0.65kg manakala model yang menggunakan modem untuk mengakses data selular pula lebih berat.

Berat berkenaan meletakkan iPad baharu berada di antara iPad asal dan iPad 2.

Bagaimanapun, iPad baharu adalah lebih nipis berbanding iPad generasi pertama yang memiliki ketebalan 12.7mm.

iPad baharu akan mula dijual pada 16 Mac ini di AS, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Puerto Rico, Singapura, Switzerland, United Kingdom dan Kepulauan Virgin AS. – AGENSI


Kosmo

RM1000 dari Nuffnang Backlink Tertinggi ?

:: NUFFNANG = RM1000!! ::
petikan daripada blogger lain:
Salam..
jgn mrh yer..
ni juz strategi dlm blogging..
sy bace dr satu blog ni..
die soh wt mcmni..
ape slh mncuba..
kn??
cara dia bgini
Kalau korg dpt terapkan cara ini dengan btul kt web / blog korg, maka akn blaku kesibukan lalu lintas pengunjung yang luar biasa tiap2 ari..xpyh nk bersusah payah memikirkan SEO atau berpenat-penat utk promosi blog/bisnes kite kt sume org..
Blog jgk akn dibanjiri backlink secara signifikan dari hari ke hari, tanpa bersusah payah link kesemua tempat di dunia Internet.
meh le kita pakat cuba…
Perkara yang harus korg lakukan adalah ikut langkah-langkah berikut:-
1. Tulis posting artikel mcm posting aku ni, dgn cara or gaya tsendiri atau copy-paste je artikel ni. Then, bg tajuk yg menarik.
2. Korang hanya perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang korg tuliskan dalamblog / web.
3.
  1. Stop Dreaming Start Action (Jonru)
  2. Bisnis di Internet
  3. Blogging-Surfer
  4. Tintalughahwi
  5. Igauan
  6. Ad-dai’
  7. kakngah
  8. Zie Fauzi
  9. Happiness (zuliana)
  10. Luciano Bove
  11. The Bladerz
  12. Bijakjaya
  13. jomrileks
  14. adlee-infotainment.blogspot.com/
  15. akusijebat
PERATURAN
1. Sebelum meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korg, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).
2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62
YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!
Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka korang akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang korang tak pernah bayang sblum ni.Jika ada pengunjung ke blog korang dari Link List yang disebutkan di atas maka korang akan secara automatik dapat lalu lintas ke web / blog korg jgk.
Ingat! Aturan permainan,link blog korg harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan aku jika korg tak ikut cara ni dgn betul dan link korg tiba2 berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).
OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.
Jomrileks – Apa pendapat anda? Pernah mencuba..apa hasilnya?Jom kita rileks sama-sama buat dan tgk apa hasilnya..

kalau dah join,sila komen ye..
Sumber

Edisi Jumaat | Rendah diri mohon maaf tanda miliki kekayaan hati



Mengakui kesilapan akhlak mulia pancar keimanan

AMALAN dan kepercayaan pemimpin sentiasa berada dalam landasan betul adalah satu kesilapan diwarisi sejak zaman berzaman. Masyarakat bawahan diyakinkan bahawa orang yang banyak melakukan kesalahan ialah rakyat yang ditadbir, manakala golongan pentadbiran biasanya tidak disabitkan dengan sebarang kesilapan.

Justeru, rakyat didorong memohon maaf atas apa juga kesilapan yang berlaku. Pada hari ini berlaku tuntutan sebaliknya. Kesediaan pemimpin mengakui kesilapan dan memohon maaf daripada rakyat mampu mempamerkan keperibadian yang mulia dan tinggi sahsiahnya.

Firman Allah: "Terima kemaafan dan suruh dengan perkara yang baik serta berpaling (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil." (Surah al-‘Araf, ayat 199)Bukan mudah untuk manusia, terutama individu atau kumpulan melakukan tindakan seperti itu, walaupun pada pandangan kasarnya begitu mudah. Hanya mereka yang berbudi pekerti mulia saja mampu mempraktikkannya.

Sebagai manusia, kita perlu menjauhkan diri daripada sifat riak, angkuh dan sombong semata-mata untuk menjaga imej, pangkat serta kedudukan. Individu yang bersifat mulia biasanya amat mudah memaafkan kesalahan orang lain.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga perkara apabila dilakukan akan dilindungi Allah dalam peliharaan-Nya, ditaburi rahmat-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga iaitu apabila diberi ia berterima kasih, apabila berkuasa ia suka memaafkan dan apabila marah ia menahan diri.” (Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas)

Pada prinsipnya, manusia yang sedia meminta maaf dengan ikhlas dan secara terbuka walaupun menyedari kesalahan itu dilakukan orang lain dilihat memiliki akhlak yang mulia dan terpuji. Jika bukan kerana keimanan dan rasa tawaduk, sukar bagi manusia memohon maaf.
Mereka yang sanggup memohon maaf ialah orang yang memiliki kekayaan hati, manakala mereka yang sukar memohon maaf dikatakan memiliki kemiskinan hati.

Sebenarnya agak sukar untuk menggambarkan secara jelas maksud sebenar kekayaan dan kemiskinan hati. Seorang penyair Arab menulis mengenai gambaran itu. Katanya: “Kemiskinan sentiasa ada pada hati orang kaya dan kekayaan sentiasa ada pada hati orang miskin”. Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah yang mengetahui.

Jiwa yang kaya ialah jiwa yang bebas daripada sifat bangga diri, sebaliknya memiliki sifat pemurah dan berlapang hati. Ini memudahkan kita untuk mengakui kesilapan diri, memohon maaf dan memaafkan orang lain.

Dalam suatu riwayat diceritakan bahawa Abu Zar memanggil Bilal bin Rabbah dengan gelaran ‘wahai anak hitam’, satu ungkapan amat menghiris hati. Bilal apabila mendengar panggilan itu mendiamkan diri dan tidak membalas panggilan Abu Zar.

Sebagai manusia biasa yang mempunyai emosi dan perasaan, Bilal lantas pergi bertemu Rasulullah SAW untuk membuat aduan berkaitan perkara itu. Selepas mendengarnya, muka Baginda kelihatan berubah. Rasulullah SAW terus ke tempat Abu Zar berada tetapi hanya lalu saja dan terus ke masjid.

Mengetahui bahawa Rasulullah marah padanya lalu Abu Zar memberi salam kepada Rasulullah SAW . Baginda Nabi kemudian menyebut: “Wahai Abu Zar, kamu menghina Bilal dan menghina asal-usulnya. Ketahuilah Abu Zar, sesungguhnya kamu asal-usulnya ialah orang jahiliah sebelum masuk Islam dan sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sisa jahiliah”.

Abu Zar RA berasa terpukul dan sangat menyesal. Abu Zar menangis dan merayu kepada Rasulullah SAW dengan berkata: “Wahai Rasulullah, maafkan kesalahanku dan mintalah Allah ampunkan dosaku...”. Lalu Abu Zar berlari mendapatkan Bilal lalu dipeluknya sambil memohon maaf kepadanya. Tidak cukup dengan itu, Abu Zar meletakkan kepalanya di atas tanah seraya berkata: “Demi Allah wahai Bilal, aku tidak akan angkat pipiku dari atas tanah kecuali kamu pijak pipiku yang sebelah lagi dengan kakimu. Demi Allah sesungguhnya kamu orang terhormat dan aku yang terhina”.

Bilal kemudian mendekatkan mukanya ke pipi Abu Zar lalu menciumnya berkali-kali. Kemudian diangkat dari tanah. Mereka berdua berpelukan penuh kasih sayang.

Pengajaran daripada kisah ini ialah, jangan sesekali kita menghina orang dalam apa bentuk sama ada perkataan ataupun perbuatan kerana emosi dan perasaan seseorang tidak boleh diperdagangkan dengan bayaran ganti rugi walaupun lumayan.

Memohon maaf atas kesalahan juga satu manifestasi dan pancaran keimanan, kesucian hati dan ketinggian akhlak seseorang. Ia selaras akhlak dan sunnah Baginda Rasulullah SAW sebagai seorang yang paling pemaaf lagi mulia sifatnya.

Sekiranya masih ada di kalangan kita yang berbuat kesalahan, wajar kita meminta maaf dengan cepat. Akui kesalahan dan berazam tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Bagi mereka yang melakukan kesalahan padanya, tidak salah merendah diri dan memaafkan kesalahannya. Kasih sayang itu Allah tidak kurniakan secara percuma. Hanya yang ikhlas saja akan diberi ganjaran.

Kita wajar merenungi firman Allah yang bermaksud: “Terima kemaafan dan suruh dengan perkara yang baik serta berpaling (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil.” (Surah al-‘Araf, ayat 199)

Justeru, sikap mudah rasa bersalah walaupun atas perkara remeh perlu ditanam dalam diri Muslim. Hakikatnya, tanpa sikap saling memaafkan, kehidupan manusia terus dibelenggu pelbagai masalah, terutama perkara berkaitan kehidupan bermasyarakat.

Kredit: Berita Harian


Aaron Aziz Jadi Pakar Cinta


Salam..


Aktor Aaron Aziz kini beralih arah dengan menjadi penyampai radio? Bukan mengikut trend rakan-rakan artis yang lain seperti Aznil Nawawi, Salleh Yaakob, Nabil, Johan Raja Lawak dan Zahid AF yang menjadi penyampai radio, sebaliknya hero filem Ombak Rindu itu bakal mempunyai slot sendiri untuk merungkai segala masalah cinta pendengar radio yang dikenali sebagai Dr. Love!.
Tawaran itu datang dari stesen radio terkenal, Era FM di bawah syarikat yang sama menawarnya kontrak sebagai artis naungan iaitu Astro.
Enggan menolak peluang keemasan yang diberi di depan mata, Aaron mengakui teruja dengan tawaran tersebut dan berjanji akan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan menjawab sebaik mungkin terhadap segala masalah yang diutarakan pendengar radio.
Aaron akan bersiaran pada setiap hari minggu selama sejam, 9-10 malam. Jadi, kepada mereka yang mempunyai masalah cinta,korang bolehlah menghubungi beliau untuk meluahkan masalah cinta korang hehehe...