followers

busuk.org

Khamis, 8 Mac 2012

8C Buat Suami Meluat Dengan Isteri



8C Buat Suami Meluat Dengan Isteri

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.

C8. CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Sumber:

Pelarasan Gaji Berkuatkuasa 1 Jan 2012

PUTRAJAYA: Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan CUEPACS dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi.
"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui di sini, hari ini.
Pada perhimpunan itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara. - BERNAMA

SBPA DIBATALKAN!! SSM DITAMBAH BAIK



SHAH ALAM - Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan.

Perdana Menteri juga berkata, sebuah suruhanjaya khas yang terdiri daripada pelbagai pihak akan dibentuk bagi mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara menyeluruh.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi ini.

Ekoran bantahan sebahagian besar kakitangan awam dan Cuepacs sendiri, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA awal Januari lalu.

Susulan penangguhan itu, kerajaan menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi melaksanakan semakan semula SBPA dan diberi tempoh tiga bulan untuk membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu.

Siinar Harian


SIAPA KATA?

SIAPA KATA?

SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA..

SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH..

SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP..

SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH..

SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT..

SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu..
(walaupun PROFESOR serba TAHU..)...

INGATLAH Bahawa..

Semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,
ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing2..

ALLAH berikan KELEBIHAN,
Bukanlah 100% diBERI semua pengeTAHUan..

ALLAH berikan KEKURANGAN,
Bukanlah sehingga ia mengHINAkan..

Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,
AGAR kita tidak perlu SOMBONG..
AGAR kita sentiasa menjadi HAMBA yang berSYUKUR kepada-NYA.

Kredit tanyalah ustaz