followers

busuk.org

Isnin, 20 Februari 2012

Ferrari Penyeludup Dadah Dijadikan Kereta Polis


Salam..

Ini adalah gambar sebuah Ferrari yang pada asalnya milik seorang penyeludup dadah, 
Hernando Gomez yang telah dijadikan sebagai kereta Polis di Colombia.

Ferrari ini dirampas daripada Gomez pada satu operasi polis yang dilakukan pada 2004.

Kereta Ferrari 348 model 1991ini asalnya berwarna merah, mempunyai enjin 300 kuasa kuda V8 dan mempunyai kelajuan 275.2 kilometer sejam. Gomez juga kini telah diekstradisi ke Amerika Syarikat atas tuduhan penggubahan wang haram dan penyeludupan dadah.


Latif Ibrahim Meninggal Dunia




salam..

SHAH ALAM - Penyanyi era 70-an, Latiff Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 6.06 petang tadi.
Allahyarham Latiff, 62, yang sebelum ini dimasukkan ke IJN 18 Disember lalu berikutan serangan jantung, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.
Jenazah Allayarham akan dibawa ke Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk urusan pengkebumian.

al-fatihah...
Sumber: Sinar Harian 

Pelik Tapi Benar | Kenderaan Dua Alam


Salam..

"Uniknya kenderaan ni"..kalau korang nak tahu
ini adalah sebuah kenderaan 'dua alam' yang dikenali sebagai 'Phibian'
keluaran Gibbs Amphibians, Sebuah syarikat yang berpangkalan di Britain.
Kenderaan ini dibina untuk kegunaan di darat dan juga di air
dan ianya sesuai untuk kegunaan penguatkuasaan undang-undang dan juga ketenteraan.

dengan menekan satu butang, dalam tempoh beberapa saat, Phibian mampu bertukar daripada kenderaan beroda kepada bot dua kipas untuk bergerak pantas di air.
Rekaan unit pada sistem penukaran roda dan badan Phibian membolehkan ia juga berfungsi sebagai bot laju.