followers

busuk.org

Jumaat, 17 Februari 2012

Wajib baca | Senarai 10 dosa di dunia dan balasannya di akhirat


Senarai 10 dosa di dunia dan balasannya di akhirat

Assalamualaikum...
Ini hanyalah sekadar peringatan untuk kita bersama supaya tidak ingkar dengan perintah Allah s.w.t.

"sesungguhnya melakukan dosa itu amat mudah tetapi untuk menerima azab serta balasan amatlah payah dan menyeksa"

Mari renungkan bersama.. :)

1. MENINGGALKAN sembahyang - ULAR SAQAR sedang menunggu.

2. MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga.

3. MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar.

4. MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah.

5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI² menanti anda di taman neraka.

6. Tidak MENJAGA pergaulan - LIBASAN api neraka dijanjikan.

7. Tidak BERAKHLAK  - KEMURKAAN Allah bersama kita.

8. MENYAKITI hati orang dengan lisan - MASUKLAH ia mana-mana pintu neraka.

9.Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka.

10.BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil orang.
p/s marilah mengerjakan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang


Saintis Switzerland bina satelit pemusnah


Salam..

Sekumpulan saintis Switzerland kelmarin menyatakan mereka sedang membina satelit yang dicipta untuk membersihkan angkasa lepas daripada sampah sarap termasuk satelit yang tidak digunakan lagi.

Satelit membersih angkasa lepas itu bernilai AS$11 juta (RM33.68 juta) dan diberi nama CleanSpace One.

Ketika ini, satelit itu sedang dibina di Pusat Angkasa Lepas Switzerland di Institut Persekutuan Teknologi Switzerland (EPFL) di Lausanne.

Satelit itu akan dilancarkan ke angkasa lepas dalam tempoh tiga hingga lima tahun.
Tugas pertama satelit itu ialah membantu memusnahkan dua satelit Switzerland yang dilancarkan pada tahun 2009 dan 2010.

Satelit tersebut akan mengejar satelit yang mahu dimusnahkan itu.
Ia kemudian mencengkam satelit tersebut dan dihantar untuk memasuki ruang atmosfera Bumi.
Satelit lama dan sampah-sarap yang dikumpulkan CleanSpace One akan terbakar dengan sendiri semasa ia memasuki ruang atmosfera Bumi

Sumber:


Semuanya Datang Dari Allah s.w.t.



ALLAH bagi kita sihat,
jangan kata UBAT bagi kita sihat..

ALLAH bagi kita kaya,
jangan kata DUIT yang bagi kita kaya..

ALLAH bagi kita kenyang,
jangan kata MAKANAN yang bagi kita kenyang..

ALLAH bagi kita hilang dahaga,
jangan kata AIR bagi yang hilang dahaga..

ALLAH bagi kita pangkat,
jgn kata MAKHLUK yang bagi kita pangkat..

ALLAH bagi kita pandai,
jangan kata GURU/USTAZ/USTAZAH yang bagi kita pandai..

ALLAH bagi kita bantuan,
jangan kata MAKHLUK yang bagi bantuan..(makluk hanya asbab)

ALLAH bagi sampai ke suatu tempat,
jangan kata KENDERAAN kita yang bagi sampai..


Berkatalah..
~Semuanya kerana Allah~


Senarai 20 terkaya di malaysia



KUALA LUMPUR – Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.
Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Jan, 2012.
Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, namun ia turun kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.
Teh secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.
Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Lee (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary — dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group — menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.
Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.
Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Jan, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Feb.
Bagaimanapun tahun ini terdapat penambahan tiga jutawan berbanding 27 pada 2011.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.
Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.
Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.
Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.
Aset Tiong dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Ong menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.
Tiga jutawan baru yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd) kembali selepas empat tahun.
Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace.

NAMA                                        HARTA                               SYARIKAT
                                                                     (RM BILION)                                  
 

Robert Kuok Hock Nien                       45,700.00              Kerry Group/Kuok Group
T Ananda Krishnan                                42,998.00              Usaha Tegas
Tan Sri Teh Hong Piow                        12,642.01                 Public Bank
Tan Sri Lee Shin Cheng                       11,356.55                 IOI Group
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary   9,530.00                Albukhary Foundation
Tan Sri Quek Leng Chan                     8,002.92                 Hong Leong Malaysia
Tan Sri Lim Kok Thay                          7,585.07                Genting Group
Puan Sri Lee Kim Hua                          6,588.33                Genting Group
Tan Sri Tiong Hiew King                    6,411.46                 Rimbunan Hijau
Ong Beng Seng                                    4,919.56                   Hotel Properties Ltd
Tan Sri Azman Hashim                      3,470.00              Arab-Malaysian Corp
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun      2,541.74              Berjaya Group
Datuk Mokhzani Mahathir                1,937.27                Kencana Petroleum
Datuk Lee Yeow Chor                           1,787.85             IOI Group
Tan Sri Tony Fernandes                     1,772.42              AirAsia
Lee Yeow Seng                                     1,746.00               IOI Group
Tan Sri Lau Cho Kun                           1,721.64              Hap Seng Consolidated
Tan Sri Yeoh Tiong Lay                      1,711.84             YTL Group
Tan Sri Lee Oi Hian                               1,589.97            Batu Kawan
Datuk Lee Hau Hian                              1,586.18            Batu Kawan
 

Sumber: BERNAMA


Khutbah Jumaat: Dahulukan perkahwinan jika takut lakukan maksiat

Khutbah Jumaat: Dahulukan perkahwinan jika takut lakukan maksiat



Ibu bapa kena penuhi keinginan anak dengan adakan majlis kenduri secara sederhana

DALAM kekecohan kita mendengar berita anak-anak muda masa kini terbabit dalam kegiatan maksiat yang berkaitan dengan seks bebas dan rambang, penyelesaian yang diajar oleh Islam perlulah diteliti untuk difahami dan diguna pakai. Apa yang nyata terbabitnya seseorang dalam perzinaan kerana gagal mengawal nafsu seks yang memuncak.
Budaya berzina terus menjadi isu panas kerana sering dikaitkan dengan kes pelacuran, kegiatan melanggan GRO, rumah urut, kelab malam, video porno, laman web lucah, pengguguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan.
Pergaulan bebas adalah punca utama perzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar porno di internet, menonton video lucah, filem yang mengghairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga mereka yang bukan muhrim berdua-duan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya. Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 32 bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”
Walaupun budaya keji ini dibenci semua agama, tetapi hanya Islam yang mengenakan hukuman paling berat kepada penzina iaitu direjam sampai mati jika pernah berkahwin dan disebat 100 kali jika dilakukan oleh mereka yang belum pernah berkahwin. Hukuman keras yang dikenakan Islam ini amat tepat kerana perbuatan berzina ialah perbuatan yang menjatuhkan harga diri manusia serta melahirkan status nasab atau keturunan hina yang berpanjangan. 

Pada Jumaat yang mulia ini mimbar mengingatkan, pergaulan bebas adalah punca utama perzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar porno di internet, menonton video lucah, filem yang mengghairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga mereka yang bukan muhrim berdua-duan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya. Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 32 bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”

Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab seksa yang sangat pedih di neraka Jahanam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang ada di atas dunia ini. Dalam beberapa hadis disebutkan di akhirat kelak, Allah SWT tidak menegurnya, tidak menyapanya dan tidak memandangnya. Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita. Seberapa dekat kita dengan pintu menuju perzinaan, sedekat itulah musibah yang akan diturunkan oleh Allah SWT. Musibah mungkin tidak menimpa diri kita, tetapi akan menimpa anak cucu kita misalnya turut terjebak dengan amalan perzinaan.

Nafsu seks ialah fitrah anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Bagaimanapun, hawa nafsu hendaklah disalurkan secara halal iaitu melalui perkahwinan yang sah. Hadis daripada Muslim meriwayatkan Abu Zarr al-Ghifari berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang mungkar juga sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah”. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah: “Adakah kami mendatangi isteri kami baginya mendapat pahala? Rasulullah bersabda: “Tidakkah kamu sedar jika melakukan syahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya apabila melakukan perbuatan yang halal itu pastilah mendapat pahala”. 
Sahabat RA apabila mendengar sabda Rasulullah SAW itu agak terkejut kerana mereka tidak terfikir sebelum itu dan agak pelik juga. Lantaran itu mereka pun segera menyusulkan pertanyaan kepada Rasulullah dengan kehairanan: “Melakukan hubungan kelamin antara suami isteri pun diberi pahala”. Rasulullah SAW menjelaskan dengan mudah: “Jika seseorang melakukan zina maka mereka berdosa, dimasukkan ke dalam neraka kerana persetubuhan haram. Tentulah tidak adil jika tidak diberi pahala bagi seseorang yang berusaha melakukan pernikahan yang halal bagi menghindarkan daripada melakukan zina. Jika orang yang berzina itu menerima padah masuk neraka, maka logiknya orang yang melakukan persetubuhan halal itu diberi pahala dan seterusnya memasuki syurga Allah”.

Selari dengan mengawal pintu nafsu, maka pada dasarnya hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah wajib kepada mereka yang berkemampuan dan mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskan ke lembah maksiat. Berdasarkan kepada pandangan ahli-ahli fiqh dan hadis Rasulullah SAW bahawa mereka yang berkemampuan dari segi zahir dan batin hendaklah mendahulukan perkahwinan daripada ibadah yang lain kerana dikhuatiri maksiat akan berlaku pada dirinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya daripada syahwat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Menurut pandangan Imam al-Nawawi dan al-Shafie golongan pemuda yang dimaksudkan di dalam hadis itu ialah mereka yang sudah baligh dan belum mencapai usia 30 tahun. Penekanan kepada usia ini kerana ia berada pada peringkat segala-gala memuncak kecuali kematangan. Kebiasaan pada peringkat umur ini, nafsunya tinggi, semangatnya kuat, tenaganya berlebihan, hasrat ingin mencuba timbul di dalam pelbagai perkara namun malangnya kebanyakan perhitungan mereka itu singkat belaka.

Justeru berdasarkan kepada tuntutan kehidupan ini, mimbar menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang seusia sebegini memberi perhatian kepada keperluan mereka. Ingatlah bahawa dasar hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah tidak membebankan. Berdasarkan sirah Rasulullah SAW bahawa sekurang-kurangnya majlis walimah atau kenduri kahwin ialah menyembelih seekor kambing, kadar mas kahwin dan hantaran yang rendah adalah dituntut kerana membawa keberkatan dalam perkahwinan dan perlu mengelakkan pembaziran. Begitu juga kepada pihak berkuasa agar dipermudahkan segala urusan bagi pasangan yang telah mencukupi segala syaratnya demi menutup segala pintu kemaksiatan.

Mimbar ingin berpesan kepada jemaah dan umat Islam sekalian, apabila seseorang itu berkemampuan membina rumah tangga maka hendaklah ia bersegera bernikah. Perkataan al-nikah itu sendiri sebenarnya daripada lafaz yang mengandungi maksud mengharuskan bersuka-suka pasangan suami isteri dalam bentuk yang diizinkan syarak. Justeru, tekanan perasaan keinginan dan nafsu yang terkumpul dalam diri dapat diluahkan dengan cara yang diredai Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu terpaut (rasa kagum) dengan seseorang perempuan lalu memberi kesan dalam hatinya maka hendaklah dia mendapatkan isteri dan menyetubuhinya kerana itu boleh menghilangkan apa yang ada dalam dirinya” (Riwayat Muslim). Oleh itu dengan kewujudan pasangan yang sah dapatlah memelihara larangan Allah SWT dari segala kemungkaran yang bersangkutan dengan kemaluan dan mata serta dapat mengawal pintu nafsu. - Sumbangan JAKIM


Sumber: Berita Harian