followers

busuk.org

Khamis, 16 Februari 2012

Jangan sedih bila...



jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda
tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain

jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda
tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri
...
jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda
tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan

jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda
tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain

jangan sedih bila orang lain menghina anda
tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri

jangan sedih bila orang lain memaki anda
tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain

jangan sedih orang selalu mengritik kita
tapi sedihlah kerana anda tak pernah mau perbaiki diri

jangan sedih kerana anda selalu jatuh
tapi sedihlah kerana anda tak mau bangkit kembali

jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir
tapi sedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman

INGATLAH !
kunci masalah selalu ada dalam diri , bukan di luar


Kata isteri kepada si suami





~ aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku melabuhkan jilbabku,
berusaha menutup sempurna auratku,

aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku perlengkapkan diriku dengan ajaran agama,
agar dapat membezakan antara yang benar dan salah,

~ aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku hadkan pergaulanku dengan yang bukan mahramku,

~ aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku menjaga diri agar terhindar dari fitnah manusia,

~ aku tak mahu suamiku berdosa..
kerana aku sayangkan suamiku dan tak mahu suamiku terhumban ke neraka jahanam kerana diriku,

~ aku tak mahu suamiku berdosa..
kerana aku cintakannya!

Hanyut al-Quran dalam tikar mengkuang

Salleh Din (kanan) dan Ridzuan Othman melihat naskah al-Quran yang dijemur selepas ditemui dalam Sun














PENAGA - Seorang bapa dan anak saudaranya terpaksa membatalkan hasrat menjala ikan di Sungai Muda berdekatan Kampung Pengkalan Bongor di sini, setelah terkejut menemui bungkusan tikar mengkuang kerana menyangka ia berisi mayat manusia.

Tersentak dengan penemuan pada jam 12.05 tengah hari itu, Yusri Salleh, 37 dan anak saudaranya, Azman Abd Halim, 22, bergegas memaklumkan kepada penduduk kampung dan selepas dibuka mereka mendapati tujuh naskah al-Quran bersama beberapa muqaddam basah terendam.

Azman berkata, dia yang tinggal di rumah datuknya, Salleh Din, 74, bersama bapa saudaranya Yusri memang sudah biasa menjala ikan di sungai terbabit setiap kali mempunyai masa lapang terutamanya pada lewat malam.

Berita lanjut klik sini
Sumber: Sinar Harian

Pelik Tapi Benar | warga emas jadi 'anak dara sunti'

Salam...

Memang sukar untuk dipercayai apabila seorang warga emas tiba-tiba menjadi anak dara sunti..
Namun itulah yang terjadi keatas seorang 'Nenek', Puan binti Ahmad yang dipercayai usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, Kangar.
tiba-tiba menjadi anak dara sunti apabila didapati baru berusia 16 tahun.

Namun kejadian yang menimpa warga emas itu adalah kerana kesilapan yang dilakukan oleh pihak
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Kesilapan tarikh lahir pada Mykad warga emas itu menyebabkan beliau kini baru 'berusia' 16 tahun apabila  Mykadnya tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan yang lebih menyedihkan kesilapan itu memnyebabkannya menghadapi pelbagai masalah termasuklah gagal mendapatkan
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Dia yang mempunyai 4 orang anak yang berusia antara 40 dan 70 tahun serta mempunyai 19 cucu dan 47 cicit mengakui hidup pada zaman penjajah lagi tetapi tidak mengingati usianya yang sebenar.

Kesilapan pada Mykad itu hanya disedari selepas salah seorang dari cucunya yang membawa beliau ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan.

Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil jabatan tersebut.

p/s takkan JPN tiada tindakan susulan..hmmm pelik tapi benar