followers

busuk.org

Khamis, 9 Februari 2012

Panas! | Dang suria Oh Dang Suria


Salam..

Nama bekas pengacara dan personaliti TV popular, Dang Suria tiba-tiba saja menjadi topik perbualan hangat dan perhatian ramai, sejak malam tadi. semuanya berpunca dari kritikan 'pedasnya' terhadap beberapa peserta ujibakat realiti tv 'On Air' yang agak keterlaluan.

Tapi bukan itu yang gua nak ceritakan, terus terang gua memang tidak mengikuti rancangan 'on air' ini
sehinggalah gua terbaca beberapa artikel pasal perbuatan 'minah' ni yang orang cakap mulut macam longkang!! mengutuk rupa paras para peserta ujibakat 'on air' yang bunyinya berbaur 'penghinaan'.

"astagfirullahalazim.. tak baik mengutuk atau menghina makhluk ciptaan tuhan" fuuuhhh...!! gua geleng pale ni..! ish ish ish... 

Sekurang-kurangnya, peserta tu tampil dengan keyakinan yang mereka ada.. dan bakat yang mereka rasa ada untuk dipertaruhkan dalam ujibakat tu. takyah la nak kutuk yang lebih2! cukup sekadar teguran kerana bakat mereka memang '0'! 

Dan yang lebih penting, mereka tak ubah ciptaan tuhan!! faham2 la ye Dang!! setakat tacap sana tacap sini.., itu perkara biasa beb..! no hal setakat mekap!! tapi kalau dah bab suntik2 ni, bukan setakat orang yang kutuk kita.. malah Tuhan sendiri akan menghina kita dan mengutuk dengan sekeji-kejinya.. kerana itu dah masuk 'bab' tidak mensyukuri nikmat dan mengubah ciptaan Tuhan!! walahualam.

bukan ape, heboh jugak gua dengar sal bibir Dang suria yang dikatakan disuntik botox tu..betul ke?
tapi bila gua tgk sendiri pada gambar terkini dan bandingkan dengan 'dang' yang dulu, hmmmm mmg sah! 

Rasanya gua lagi suka nengok Dang suria yang dulu dari yang sekarang...hmmmm ini pendapat peribadi jer..jangan marah..! dan nasihat gua sebagai salah sorang peminat Dang (dulu minat giler,sekarang tak  tahu lagi) kalau ia pun nak populariti tu naik balik, janganlah dengan cara yang macam ni kan kan?
banyak lagi cara lain..takyah kutuk2 orang..! pasal bab botox tu,mustahil dang tak tahu sal hukum hakam ni ye dak? jadi,sendiri mau ingat la..

Oklah..gua nak cabut dah ni..pape pon, gua minta maaf la ye kalau tulisan gua ni agak keterlaluan..
salam 1malaysia~peace no war
dan KATAKAN TIDAK KEPADA PLASTIK

3 menteri tonton filem lucah



BANGALORE - Tiga orang menteri di selatan India mengambil tindakan meletak jawatan, semalam, selepas didakwa menonton filem lucah semasa perhimpunan dewan rakyat.

Ketiga-tiga menteri daripada parti pemerintah Bharatiya Janata itu dirakam stesen televisyen tempatan sedang menonton filem lucah di telefon bimbit masing-masing, kelmarin, semasa menteri lain sedang membincangkan rang undang-undang.

Namun, dakwaan itu ditolak seorang daripada mereka yang mendakwa sedang menonton klip video di sebuah parti untuk tujuan perbincangan dan bukannya filem lucah.


p/s jangan benda ni jadi kat menteri kita dah

Sumber: Sinar Harian