followers

busuk.org

Isnin, 6 Februari 2012

Agama | Kelebihan Membaca Ayat Kursi



Agama | Kelebihan Membaca Ayat Kursi





Assalamualaikum...

Hari ini gua kongsikan tentang kelebihan-kelebihan membaca Ayat Kursi

1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Pelik Tapi Benar | Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia



Salam..


Bangga apabila rakyat negara kita ada juga yang kreatif seperti orang-orang kat eropah tu. seorang anak kelahiran Sabah Negeri Di Bawah Bayu telah membina sebuah Rumah Terbalik pertama di Malaysia di Kampung Bantayan-Telibong di Sabah. Menurut Pemilik Rumah Terbalik ini, Ia dibina untuk menyampaikan mesej alam sekitar.

Pemiliknya berkata lagi, semua peralatan diletakkan secara terbalik seperti peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit. Dan dengar kata, kos pembinaan rumah ini menelan belanja sehingga setengah juta.

Ini Adalah antara salah satu sebab mengapa anda harus melawat sabah. Kalau nak melawat rumah ini, Pengunjung boleh melawat rumah terbalik ini dengan bayaran masuk sebanyak RM10 (pemilik MyKad) RM18 (Pelancong) dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.



Alamat rumah ni pula ialah:
Kg. Telibong, Batu 21,

Jalan Telibong Tamparuli,,
89208 Tuaran Sabah,

Malaysia.


Sesiapa yang berminat datang ke sini, boleh lah bawa family sekali..ingat negara luar saja kah ada tempat menarik macam ini? Malaysia pun ada maaa..... hehehehe :)


p/s tak sangka rumah ni berada dinegeri gua

Pelik Tapi Benar | Bertutur Pelbagai Bahasa Selepas Sedar Dari Koma


Salam..

Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima 
yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam 
kemalangan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang
 boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.

Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.

Menurut bapanya lagi, selain bahasa korea, noraini juga mampu bertutur bahasa mandarin.
dan perkara yang paling aneh lagi ialah apabila noraini bertutur bahasa asing itu,dia tidak boleh bertutur dan memahami bahasa melayu. namun selepas itu dia kembali bertutur dalam bahasa melayu tetapi tidak boleh bertutur dalam loghat kelantan lagi seperti kebiasaannya sebelum ini, sebaliknya dia bertutur melayu baku.


Sumber:

Gambar Keris Taming Sari

Keris taming sari dan seri gading
Hulu taming sari
Assalamualaikum..

Tentu korang pernah dengar tentang keris Taming Sari bukan? haaaa.. hari ni gua kongsikan dengan korang
gambar keris lagenda ni, kalau korang nak tahu, inilah keris taming sari, Keris tersohor di alam melayu.

Sebut saja Taming Sari, rata-rata semua orang teringat kepada pahlawan Melayu Melaka, Hang Tuah, begitulah sebaliknya. Gabungan Taming Sari dengan Hang Tuah sangat sinonim dengan sejarah dan kebudayaan Melayu.
Apabila timbul isu bahawa pahlawan Melayu, Hang Tuah sebenarnya tidak wujud seperti yang dipertikaikan sesetengah pihak, maka timbul persoalan sama mengenai kewujudan keris Taming Sari.

Tapi gua malas nak cerita pasal kebenaran tentang kewujudan taming sari ni, kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang baca ni -Taming Sari

Sumber: Berita Harian

p/s terkenang abg tuah..

Saintis temui planet asing sesuai didiami

Saintis temui planet asing sesuai didiami
MUNICH - Ahli astronomi Eropah telah menemui planet berbatu yang didakwa sesuai untuk dihuni hidupan di Bumi dengan menggunakan Teleskop di Balai Pencerap Eropah Selatan.

Ketua penyelidik, Guillem Anglada-Escude berkata, ia mungkin mengandungi sumber air kerana suhu pada permukaannya hampir sama se-perti di Bumi.

Ia terletak sejauh 22 tahun cahaya dan turut mengelilingi bintang digelar GJ 667C.

“Kami turut menemui sebuah lagi planet asing yang mungkin juga boleh didiami hidupan di Bumi Bagaimanapun pemerhatian susulan masih perlu dilakukan untuk menilai kesesuaiannya,” menurutnya.

Sumber Sinar Harian
p/s macam mana kita nak pindah ke planet tu?huahu