followers

busuk.org

Sabtu, 4 Februari 2012

CINTA | Sifat Lelaki Yang Perlu Perempuan Tahu






1. Lelaki boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

5. Lelaki akan cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita…

6. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

7. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

8. Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

9. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

10. Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

13. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..:)

14. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya belakang kira hehe

15. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

16. Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

17. Lelaki kebiasaannya lambat matang, mereka akan menyedari apabila umur mereka sudah berlanjutan untuk mencari isteri yang mampu memberikan keseimbangan hidup kepadanya iaitu sebuah keluarga ,rupa pada setiap perempuan ketika itu no 2

18. Lelaki juga menangis apabila putus cinta, tapi mereka menyembunyikan kerana malu kepada rakan.

19. Kebanyakan lelaki lebih gemar memendam rasa apabila berkaitan cinta, berbeza dengan perempuan yang sentiasa mempunyai rakan dan diari untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.

20. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Dr Cinta

7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR



7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Marilah kita mengerjakan apa yang disuruh,dan tinggalkan apa yang dilarang..

Sumber:

Gambar dan Video | Matahari Hambur Letusan Kuat




GAMBAR yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan letusan di matahari kelmarin.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat – Matahari menghamburkan letusan api amat kuat kelmarin sekali gus yang terbesar dalam tempoh hampir lima tahun.

Saintis-saintis memberitahu, impak fenomena berkenaan ke atas sistem satelit dan komunikasi adalah kecil kerana letusan berlaku di permukaan matahari yang membelakangkan Bumi.


Seorang saintis angkasa lepas A, Joe Kunches yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca negeri Colorado berkata, cuma terdapat laporan gangguan gelombang radio pendek di Asia susulan letusan kuat itu.

Matahari kini berada dalam fasa perubahan memasuki kitaran lebih aktif.

Saintis-saintis meramalkan akan berlaku lebih banyak letusan solar dalam masa lima tahun akan datang dengan letusan solar serupa berlaku pada Disember 2006.

Tip Memilih Kasut Yang Sesuai


Tip Memilih Kasut Yang Sesuai



Perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli kasut

1. Belilah kasut pada waktu siang hari atau petang. Ini bagi membolehkan kita mendapatkan kasut dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai.

2. Berdiri tegak dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa. Buat ujian dengan cuba berjalan-jalan di dalam kedai. Jika lantai kedai penuh dengan permaidani, cuba berjalan di luar atau di atas lantai simen.

3. Pastikan tumit dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut.

4. Pastikan memakai kedua-dua kasut yang dipilih, berdiri tegak dan cuba berjalan.

5. Panduan bagi yang gemar menggunakan stoking atau sarung kaki ketika memakai kasut bertutup dan sandal. Cuba pakai stoking ketika hendak membeli kasut bagi mengelakkan daripada saiz yang dipilih tidak sesuai.

Perkara yang tidak boleh dilakukan ketika membeli kasut

1. Ketika memilih kasut, sebaiknya jangan terburu-buru agar kasut yang dibeli selesa dipakai dan fesyennya bersesuaian dengan penampilan diri.

2. Jangan sesekali membeli kasut pada waktu pagi kerana ketika itu kaki belum mengembang dengan ukuran maksimum.

3. Jangan hanya duduk ketika mencuba dan menggunakan sebelah kasut saja. Jangan mudah menganggap kasut itu benar-benar selesa sepenuhnya meskipun ia cantik dan saiz sesuai sedangkan kita belum mencubanya.

4. Usah membeli kasut tanpa mencuba dan hanya berpandukan pada saiz semata-mata. Tidak semua jenama menggunakan saiz kaki yang sama kerana ia berbeza mengikut produk keluaran masing-masing.

5. Jangan pilih kasut yang dirasakan terlalu ketat walaupun menganggap kaki akan biasa dengan saiz dipilih kerana lambat-laun, timbul masalah lain seperti sakit dan melecet melainkan jika kita ingin mengambil risiko itu atau hanya dipakai untuk satu malam saja.

Sumber:

“CONTEST PERIBAHASA MELAYU by ARRA AHMAD DAN AMALINA”



Assalamualaikum..

Terlebih dahulu gua nak ucap syabas dan tahniah kepada dua budak cute


Yang menganjurkan 
“CONTEST PERIBAHASA MELAYU by ARRA AHMAD DAN AMALINA”
yang pada gua memang baik dan bermanfaat 
terutama sekali kepada golongan muda-mudi
supaya tidak lupa 
akan peribahasa-peribahasa
lama mahupun baru.

kepada korang yang nak join,
klik jer banner kat atas tu ye :)

Oklah..
Disini gua nak join dan pertaruhkan peribahasa

Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki

maksud

Baru hendak belajar sesuatu

~Peribahasa ini memang berkait rapat dengan diri gua yang sememangnya~
~baru hendak belajar sesuatu, terutamanya dalam dunia blogging ni~

Gua juga nak tag