followers

busuk.org

Sabtu, 28 Januari 2012

Panas! 5 Tuntutan Cuepacs dalm SBPA


Salam..

Berikut disenaraikan lima tuntutan oleh
Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

  • Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah
  • Kaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum
  • Kaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA
  • Kaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
  • Semak penstrukturan semula semua gred penjawat awam

p/s cuepacs nak pulau SBPA klu tuntutan x dlyn..betul ke?

7 Perkara Patut Dilakukan Ketika Bangun Pagi


Salam..
Sebelum memulakan hari-hari korang, apa kata korang amalkan 7 perkara ni sebelum korang sarapan atau nak p mandi hehehe...

Perkara yang anda perlu lakukan ketika bangun pagi

1. Bersyukur

Bersyukurlah kerana korang masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, korang juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Mulakan Dengan Bismillah

Setiap perkara yang korang ingin lakukan, mulakanlah dengan Bismillah.
insya allah segala urusan akan dipermudahkan OlehNya.

3. Motivasi diri

Pasang niat dalam hati yang korang mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

4. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi

Ikuti sesi-sesi motivasi atau Tazkirah di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3. Luangkan masa 5-10 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup korang bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap korang. Set target apa yang korang mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.


6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
( warna hijau baik untuk menajamkan mata )

7 Isikan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, korang jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

~sharing is caring~

Sumber: 

Yang Mana Satu Idaman Kalbu




Yang Mana Satu Idaman Kalbu



Korang pilihlah yang mana satu...
Bagi gua, gua nak semua ni jadi koleksi simpanan gua ekekeke....
Tapi awat kasut bertemakan Blogger takde?
haiisssh spoil!!!