followers

busuk.org

Rabu, 25 Januari 2012

Kad Kahwin Zaman Sekarang Boleh Mendatangkan Fitnah


Kad Kahwin Zaman Sekarang Boleh Mendatangkan Fitnah


Salam..

 Asal ada saja yang nak buat majlis perkahwinan,
mesti ada kad jemputan. Tapi itu gua tak hairan sebab memang dah jadi amalan sejak dari dulu lagi.
Tapi yang menjadi persoalannya ialah kad-kad jemputan zaman sekarang yang turut memaparkan gambar kedua pasangan, Macam dah jadi trend plak, memang cantik pada pandangan tetapi tahukah korang bahawa itu boleh mengundang dan membawa fitnah?

Apa tidaknya gambar berpegangan tangan oleh kedua pasangan malah ada juga yang seolah-olah atau hampir-hampir bersentuhan pipi sedangkan gambar itu diambil ketika mereka 
masih belum sah diijab kabul sebagai suami isteri.

Mungkin ada yang tak perasan atau buat-buat tak tahu,
tetapi ketahuilah bahawa itu dah salah dari segi hukum agama.
dan boleh mendatangkan Dosa.
Ibu Bapa dan Pengantin sendiri kena peka dalam hal ini.
Biarlah sesebuah majlis perkahwinan itu 
benar-benar mendapat berkat dari Allah SWT.

Jadi, silalah ambil berat dan perhatian dalam soal ini.
wasalam..

p/s kadang-kadang kita tak sedar melakukan dosa

Subhanallah! Bumi berdepan ribut solar terkuat pada bila-bila masa




WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi pada bila-bila masa dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.
Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.
Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.
Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.
Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.
Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.
Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi.

Sumber:

Nasihat Untuk Adik-Adik Diluar Sana


Salam..
Lalalala...zaman ni makin berlambak gajet-gajet kat dunia ni ye dak?
makin lama makin canggih plak tu!! semua orang nak miliki benda-benda ni semua..
tapi masalahnya,kadang-kadang tu ada yang sanggup jadi papa kedana semata-mata nak bergaya 
hehehe..jangan mara haaa.... :)
benda yang gua cakap ni memang betul dan memang banyak yang terjadi..
terutama bagi budak2 yang masih bersekolah..
nak itu nak ini..ala apa kata adik-adik belajar dulu, bila dah berjaya dan berkerjaya
lantaklah korang nak beli apa..betul tak?hehe
buat masa ni fokus kat study dulu..kalau nak beli apa2 pun utamakanlah barang keperluan 
untuk study dulu ye..?
ketepikan dulu pasal nak mengidam gajet-gajet ni semua esp HP canggih-manggih or apa2 saja.
ini nasihat percuma dari abe..ekeke..
walaupun ada kemampuan nak beli semua tu tapi duit tu datang dari mana?
kalau tak mak ayah yang bantu..
hargailah mereka-mereka tu ye...
sebab kalau korang nak tahu,
mereka tu sebenarnya mengeluh jugak bila banyak permintaan
cuma tak terluah oleh sebab sayang pada anak mereka
tapi hakikatnya seorang ayah selalu berkata dalam hati dia
"i paid lagiiii.."

sekian selamat kembali ke sekolah

Sumber gambar: Oh!Media
p/s best shopping dengan wang dari titik peluh sendiri

Menara Jam Big Ben Mula Condong


Salam..

Percaya atau tidak, Menara Jam Big Ben  di Palace of Westminster, London, sudah mulai condong.
Menara jam setinggi 96 meter yang menempatkan genta dikenali sebagai Big Ben itu mencondong sebanyak 46 sentimeter ke kiri.
sementara media semalam melaporkan kompleks Parlimen itu mungkin runtuh ke dalam Sungai Thames.
Namun,
Seorang pakar pembinaan yang pernah membaiki menara condong Pisa, Itali dan tempat meletak kereta Parlimen di London berkata, tiada perkara yang perlu dibimbangkan.