followers

busuk.org

Rabu, 18 Januari 2012

Rasulullah Menangis Kerana Risaukan Kita


Assalamualaikum...

Ada 7 pintu neraka.. rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibril
"siapakah penghuni pintu2 ini?"

Jawab Jibril :

*pintu yang paling bawah adalah untuk orang-orang munafik dan orang-orang kafir setelah diturunkn hidangn mukjizat Nabi Isa serta keluarga Firaun. namanya ialah al-hawiyah

*pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim
*pintu ketiga ialah tempat orang shobi'in bernama Saqar
*pintu keempat ialah tempat iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha
*pintu kelima ialah untuk orang Yahudi bernama Hutomah
*pintu keenam tempat orang Nasrani bernama Sa'eir

kemudian Jibril diam malu kepada Rasulullah sehingga ditanya:
"mengapa engkau tidak terangkn mengenai penghuni pintu ke7?"

Jawab jibril :
" di dalamnya orang-orang yang berdosa besar daripada umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat"

RASULULLLAH PENGSAN KETIKA MENDENGAR KETERANGAN ITU, SEHINGGA JIBRIL MELETAKKAN KEPALA BAGINDA DI PANGKUANNYA SEHINGGA BAGINDA SEDAR KEMBALI. SETELAH TERSEDAR. 

RASULULLAH BERSABDA :

"wahai jibril, sungguh besar kerisauanku dan sedihku, apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawab jibril :
" ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu."

kemudian rasulullah menangis dan jibril turut menangis.kemudian rasulullah masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk bersolat dan kemudian baginda kembali.

baginda tidak berbicara dengan orang-orang di sekelilingnya. setiap kali mendirikan solat, Baginda selalu menangis dan memohon kepada Allah.

Saudara, Sesungguhnya Rasulullah menangis kerana risaukan kita.

Sumber:

Adun Sijangkang ganti Hasan Ali

Ahmad Yunus Hairi








SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan SelangorSultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini pagi ini.

Dalam laporan terdahulu, Sinar Harian Online difahamkan perkara itu telah dimaklumkan kepada Ahmad Yunus semalam.

Ahmad Yunus sebelum ini merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan.

Beliau antara tiga wakil rakyat Pas disebut-sebut akan menggantikan Hasan, yang dipecat oleh parti Islam itu 8 Januari lalu.

Portfolio yang beliau akan sandang belum diketahui lagi.

Hasan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas pilihan raya umum 2008 dan mengetuai Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Dua nama lain ialah Dr Abdul Rani Osman dan Adun Bangi Shafie Abu Bakar.

Dr Rani, Adun Meru, pada 10 Januari lalu berkata, beliau berharap tidak akan dicalonkan menggantikan Hasan kerana khuatir tidak mampu memikul tanggungjawab itu.

Beliau bagaimanapun berkata, semuanya terpulang kepada keputusan pimpinan tertinggi parti dan Pas negeri akan menerima sebarang keputusan.

Sumber: Sinar Harian


Mesti Tonton! Tangkapan Besar Yang Memeranjatkan




Salam..
Kali ni gua nak kongsikan satu video dengan korang
Mungkin masih ramai yang tak tahu perkara ni, dah masuk buku rekod pun..
gua pada mulanya memang tak percaya cerita ni
tapi selepas gua menonton sendiri video ni...
masyaallah...betul-betul punya kejadian da...
hissss.... seram pun ada..
sesuatu yang memeranjatkan gua..
Aaaahhhhhhhh!!!!
korang tengoklah sendiri









LOADING>>>>>



scroll ke bawah
.
.
.

























Jangan Marah yee...
sebenarnya, pelakon2 dalam video ni adalah member2 gua..
saja nak buang2 boring

sori ekk...


Penemuan kubur penyanyi 3,000 tahun di Mesir


KAHERAH - Sebuah kubur penyanyi wanita berusia hampir 3,000 tahun di Lembah Diraja Mesir ditemui ahli arkeologi Switzerland, menurut Menteri Barangan Purba, Mohammed Ibrahim, kelmarin.
Pasukan dari Universiti Basel Switzerland yang diketuai Elena Pauline-Grothe dan Susanne Bickel secara tidak sengaja menemukan kubur tersebut yang terletak dalam Karnak, berhampiran Luxor.

Difahamkan menerusi tulisan pada plak kayu yang ditemui dalam kubur itu, Nehmes Bastet, merupakan seorang penyanyi untuk dewa tertinggi Amon Ra semasa Dinasti ke-22 (945-712 Sebelum Masihi).
Nehmes juga merupakan anak perempuan Paderi Tertinggi Amon, jelas Ibrahim.

Penemuan itu amat penting kerana memaparkan Lembah Diraja juga digunakan sebagai tempat pengebumian individu-individu biasa dan sami-sami pada zaman dinasti itu, dan sehingga kini, kesemua kubur yang ditemui di lembah bersejarah itu mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Mesir purba.


Sumber: Sinar Harian

Ketua Geng 08 Tumpas Ditangan Polis


Ketua geng 08 maut selepas berbalas tembakan dengan Polis Paya Terubung, Georgetown awal hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC II Zahruddin Abdullah. 
Polis berjaya mengesan suspek berusia 52 tahun itu menerusi maklumat awam dan juga risikan.

Ketika itu, lelaki terbabit sedang memandu di Jalan Kampung Melayu di sini pada jam 2.30 pagi, katanya.
Beliau berkata, polis mengikuti lelaki berkenaan dan sebaik tiba di lampu isyarat kawasan perumahan flat Green Garden, dia memecut kenderaannya ke arah Jalan Paya Terubong apabila menyedari sedang diintip.

Semasa kejadian kejar mengejar, suspek berkenaan bertindak nekad merempuh kenderaan polis yang sedang mengejarnya itu lalu turun dan lari masuk ke kawasan semak berhampiran dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis. Namun "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga" selepas berbalas tembakan dengan polis akhirnya lelaki itu jatuh tersungkur selepas terkena tembakan di badan lalu mati di tempat kejadian. -

Sumber: Berita