followers

busuk.org

Ahad, 15 Januari 2012

Prob Phobos-Grunt Akan Terhempas Hari Ini

Lakaran Artis

Salam...
Sebuah kapal angkasa Prob Phobos-Grunt dijangka akan terhempas ke bumi hari ini

Kapal angkasa seberat 14.5 tan milik Russia itu dikatakan gagal berfungsi sejak ia dilancarkan pada 8 Jan lalu. yang kemudiannya mengelilingi bumi dalam keadaan semakin rendah dari hari ke hari.
dijangkakan 20 hingga 30 serpihan dengan berat maksimum 400kg akan terhempas ke bumi
sementara sebahagian darinya akan terbakar ketika memasuki atmosfera bumi.

pegawai-pegawai dari Agensi Angkasa Russia dipetik berkata yang prob itu akan memasuki atmosfera panas bumi pada hari ini.
“Serpihan Phobos-Grunt dijangka akan jatuh pada 15 Januari 2012. Tarikh sebenar mungkin berubah disebabkan faktor-faktor luaran,” kata Alexei Zolotukhin, jurucakap pasukan tentera angkasa Rusia kepada agensi berita Rusia.

Bagaimanapun lokasi serpihan-serpihan kapal itu terhempas masih belum dapat dipastikan lagi.

Sumber:
p/s semoga jatuh kat bumi yahudi

Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia


Salam 1Malaysia

Hari ini sekali lagi Pemain Badminton No1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei
Melakar kejayaan di bumi sendiri apabila muncul juara dalam acara perseorangan
Kejohanan Badminton BWF Terbuka Malaysia

Beliau muncul sebagai juara apabila dengan mudah menundukkan lawannya 
dari Jepun, Kenichi Tago.
Chong Wei menang 
21 - 6
21 - 13
ini juga merupakan kejayaan kelapan beliau dalam 
Terbuka Malaysia.

Tahniah!!!!

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga.



Ibu, Seorang wanita yang dinikahi oleh ayah kita, kemudian hamil dan melahirkan kita ke dunia,. Menyekolahkan dan mendidik kita hingga menjadi seorang insan yang berguna.
bekerja keras setiap hari, menyiapkan makan minum, menyuapkan kita ketika masih kecil hingga kita boleh untuk melakukan semua perkara dengan sendiri. Berdoa siang malam, hanya untuk anaknya. 
mulianya hati seorang ibu.

Begitu besar pengorbanan seorang ibu, apakah kita dapat membalasnya. Fikirkanlah apakah kita boleh dan mampu untuk membalas pengorbanan itu. seorang ibu selalu berpesan pada anaknya,
 "rajin-rajin belajar ya nak..besar nanti boleh jaga ibu"
begitulah pesan ibu kepada kita..

Namun masih ramai anak-anak zaman sekarang masih terleka tanpa ada usaha untuk meraih kejayaan, tanpa ada keinginan untuk membalas jasa kedua orang tua terutamanya ibu yang menyusukan kita dikala kita masih belum mengenal dunia. dan hanya mengharap sepenuhnya kepada mereka. 

Bayangkanlah bagaimana bila ibu kita telah tiada, segalanya akan berubah, tiada lagi tempat bermanja dan mengadu dikala duka. ketika ibu yang selama ini ada di sisi kita, memberikan sokongan dan harapan kepada kita, memberikan kata-kata semangat ketika kita berada dalam kesedihan, mendoakan setiap langkah yang kita ambil, telah tiada dan takkan kembali lagi. waktu itu barulah akan wujud rasa penyesalan, kerana jasa ibu tidak terbalas. kita hanya mampu menangisi kehilangannya, Namun semua itu sudah tidak berguna lagi. 

Fikirkanlah dan sematkanlah ke dalam jiwa, sementara hayat ibu ada di dunia,ambillah kesempatan itu untuk kita melakukan yang terbaik dalam hidup kita. walau ibu tidak pernah meminta budinya dibalas, namun ibu tetap ada satu keinginan dan tuntutan terhadap anaknya. iaitu ingin melihat anaknya berjaya.
dan ingatlah "Kasih Ibu Membawa Ke Syurga".

-Bicara Seorang Anak Tunggal.




p/s terus terang gua menangis ketika menulis artikel ini

Petua Imam Syafie

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥

Sumber::

Koleksi Lukisan Unik Octavio Ocampo

Salam..
Hari ini gua nak kongsikan beberapa koleksi lukisan unik dari seorang pelukis terkenal Octavio Ocampo















klik sini

- Octavio Ocampo merupakan seorang pelukis terkenal yang berasal dari Celaya, Guanajuato, Mexico.
-dilahirkan pada 28 FEB 1943.
-memiliki bakat semulajadi dalam bidang lukisan sejak dari zaman kanak2nya lagi
-terkenal dalam penggabungan objek lukisan di samping menghasilkan imej lebih besar di luar latar belakangnya.


Lukisan Unik Hasil Gabungan 2 Imej



Assalamualaikum..

Cuba korang perhatikan dengan teliti gambar di atas
seorang lelaki sedang melukis di halaman belakang rumah, 
namun jika diteliti secara dekat, ia adalah wajah seseorang 

Menarik bukan??
Lukisan ini,dihasilkan oleh seorang artis berbakat dari Ukraine, Oleg Shuplyak, 45.
Shuplyak bijak untuk melukis dan menonjolkan imej tersembunyi dalam lukisannya dengan menggunakan teknik penggabungan lakaran objek, karakter, warna dan juga bayang-bayang.

p/s bagi gua yang lebih menonjol adalah lakaran wajah orang tu

Segmen : Mr. E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik ]


Salam..
Jom ramai-ramai join segmen 
Mr. E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik ]
ada hadiah misteri dowh..!!
apa tunggu lagi..? meh la...

Kali ni gua nak tag




Tarikh tutup 17 JAN 2012 JAM 12 MLM