followers

busuk.org

Rabu, 11 Januari 2012

Sepuluh kaedah meraih kebahagiaan

Sepuluh kaedah meraih kebahagiaan


Assalamualaikum...
Setiap manusia ingin memiliki kebahagiaan, tak kira usia,pangkat,darjat,miskin atau kaya, semuanya ada keinginan untuk hidup bahagia..akan tetapi, bagaimana untuk meraih kebahagiaan itu?
Disini gua ingin kongsikan sepuluh kaedah terbaik bagaimana untuk meraih kebahagiaan.

  1. cintai kerja anda. jangan merasakan diri 'terpaksa' dalam melakukan sesuatu pekerjaan. ingat, kerja itu ibadah. :)
  2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan.iaitu dengan menjaga pemakanan, selalu bersenam dan meninggalkan tabiat buruk (sekiranya ada) yang hanya merugikan.
  3. Harus memiliki tujuan atau 'target' dalam hidup. kerana itu yang akan membuat anda bersemangat.
  4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit dengan hati yang lapang atau dalam pengertian lain, sentiasa bersyukur.
  5. Jangan menyesali sesuatu hal yang sudah berlalu. sebaliknya jadikan ia sebagai pengajaran berguna untuk tidak lagi melakukan kesilapan yang sama.-hadapi dengan senyuman
  6. Hendaklah selalu berfikir (dalam soal kerja) sebelum mengambil keputusan. jangan menyalahkan orang lain atas kegagalan yang berpunca dari keputusan yang anda ambil.
  7. Sentiasa ambil berat orang yang berada disekeliling anda tetapi jangan sampai menjaga tepi kain orang.
  8. Murah dengan senyuman dan tidak sombong. 
  9. Bantulah orang yang menghadapi kesusahan. walau bukan dengan wang ringgit tetapi memadailah dengan kata-kata semangat. 
  10. Dekatkan diri pada tuhan dengan mengikuti segala suruhanNya insya Allah anda akan bahagia.

Segmen Mencari Bloglist 2012


Assalamualaikum....

Tadi masa gua blogwalking,gua terjumpa dengan entri 
"Segmen Mencari Bloglist 2012"  oleh nabila dari blog sorang rakan.
bunyi macam best!! (bunyi ker??) 
so, taknak buang masa,gua pun nak tumpang sekakilah..
rasanya segmen ni sesuai dengan blogger baru macam gua.

Dan..
Gua nak tag dua rakan gua yang kiut ni..(yang lain pon kiut gak) hehehe..


Gempar! Mayat Dua Lelaki Afrika Ditemui


RAWANG- Mayat dua lelaki afrika ditemui tertiarap di kawasan kolam mandi Taman Templer.
kedua-dua mangsa berumur 24 tahun itu dipercayai mati akibat tergelincir kira-kira jam 6.40 petang kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai Mokgetthi dan Olatetse merupakan pelajar Universiti Asia Pasifik dan Lim Kok Wing.

Ketua Umno Cawangan Persiaran Templer, Shamudin Mohd Khalid berkata, beliau dimaklumkan oleh adik iparnya yang kebetulan ke tempat kejadian untuk menyelam sebelum menemui mangsa yang tersangkut di batu tanpa pakaian.

Beliau berkata, ketika di tempat kejadian, didapati mayat antara satu sama lain hanya dipisahkan sejauh 10 meter bersama beg yang mengandungi kad pengenalan diri, topi, pakaian, dompet dan kasut mereka. 
Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat dikeluarkan oleh Hospital Selayang.

Sumber:

Edisi merapu


Hari ini maka genaplah dua bulan gambar kat atas tu terbelah dua dalam hidup gua
(yang tak faham buat2 faham je la) hehe...

"Pahatkan nisan serangkum syair...,
Keluh pujangga kasih tak sampai"

Semoga diri ini tabah menghadapi pelbagai dugaan yang datang.
sesungguhnya tarikh 11/11/11 tetap menjadi kenangan dalam hidup gua
untuk selamanya....

Sekian edisi merapu dari gua