followers

busuk.org

Selasa, 10 Januari 2012

Dua Beranak Maut Ketika Ke Sekolah


"Malang tidak berbau".. begitulah yang terjadi keatas dua beranak apabila maut selepas terbabit dalam kemalangan jalanraya ketika seorang bapa menghantar anak perempuannya ke sekolah kira-kira jam 8.00 pagi semalam.

Mangsa yang mati dikenali Fauzil Harun,56, seorang pesara dan anak perempuannya Nur Fatihah Fauzil,10, murid pendidikan khas orang kurang upaya.

Menurut saksi, kemalangan berlaku apabila Fauzil menunggang motosikal dari arah Temerloh ke Jerantut dan apabila tiba di simpang Kampung Jenderak mangsa memperlahankan motosikal untuk membelok ke kanan.
“Ketika itu, datang sebuah Perodua Alza dari arah belakang dipandu lelaki gagal mengelak lalu merempuh motosikal dinaiki kedua-dua beranak itu mengakibatkan mereka tercampak di atas jalan bertentangan.

“Kedua-dua mangsa kemudian dirempuh pula sebuah kereta Honda dari arah Jerantut yang dipandu seorang lelaki.

Al-fatihah..

Sumber: