followers

busuk.org

Ahad, 8 Januari 2012

Ezani Juara Masterchef Malaysia Musim Pertama


Tahniah kepada Dr Ezani yang telah menjuarai 
MasterChef Malaysia musim pertama..
Ezani telah mengalahkan pencabarnya Wahidan dengan kelebihan 7% markah 
yang menobatkannya selaku Juara dan berjaya membawa balik wang tunai RM100,000,00
dan sebuah Trofi Masterchef.
Tahniah juga kepada wahidan...

Lepas ni gua konpius, nak panggil Doktor ke Chef...?? hehehe

Tahniah sekali lagi!!!

Gadis Maut Dihempap Pokok


JOHOR BAHRU - Seorang gadis maut selepas kereta dinaiki bersama rakan lelakinya dihempap sebatang pokok dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, di Persimpangan Jalan Gertak Merah-Jalan Dato’ Menteri, di sini, semalam.

Mangsa, Sintayana Abas, 25, yang juga pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pontian, dipercayai dalam perjalanan dari Plaza Larkin Sentral untuk ke institut kemahiran berkenaan selepas pulang dari rumah keluarganya.

Ibu mangsa, Tuminah Abu Yamin berkata, anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik itu pulang ke rumahnya di Felda Bukit Aping, Kota Tinggi kerana bercuti dan tidak menyangka tragedi itu menimpa anaknya.

Sumber: Sinar Harian

PKR Jangan Ajar Kami -PAS


SHAH ALAM – Pas mengingatkan parti komponen dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR supaya menjaga keadaan rumah tangga masing-masing masing-masing, bukannya mencampuri urusan parti lain.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mempersoalkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang secara terbuka bertindak mencampuri urusan parti itu khususnya berkaitan isu Datuk Dr Hasan Ali.

Tegas Harun, Pas berupaya menyelesaikan masalah dalaman parti tanpa perlu pembabitkan pihak luar.

“Masalah dalaman Pas, biarlah kepimpinan parti yang menyelesaikannya. 

"Pas tidak perlu diajar memandangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan sendiri oleh parti,” kata beliau

Kelmarin, Azmin mendesak kepimpinan Pas supaya bertindak terhadap Hasan yang juga Exco Kerajaan Selangor kerana didakwa celupar mengkritik kempen Bebaskan Anwar 901.





Azmin menggesa Pas mengambil tindakan keras terhadap Hasan kerana kenyataannya melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan Hasan dikatakan tidak sewajarnya berkata demikian.

Harun juga berkata, Pas tidak menghalang ahlinya menyertai atau tidak perhimpunan Gerakan Bebas 901.

“Terserah kepada ahli untuk menyertainya atau tidak,” katanya.

Sumber:



p/s nampak sgt dorang ni tak sepakat lalala

Datuk Lee Chong Wei Tewaskan Lin Dan


Salam..

Debaran gua baru saja reda..
Akhirnya Datuk Lee Chong Wei berjaya tumpaskan Lin Dan
dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki kejohanan 
Badminton Terbuka Korea yang baru saja berakhir sebentar tadi.
Tahniah Datuk!!
Chong wei menang dengan keputusan 12-21 21-18 21-14
 Satu permulaan yang baik buat Datuk Chong wei untuk tahun 2012 ini, dan gua harap ianya akan berterusan 
dan menjadi pembakar semangat untuk menghadapi kejohanan-kejohanan lebih besar 
yang bakal menyusul seperti Olimpik 2012.

Tahniah!!!

p/s raket gua patah pas main semalam..

PERHIMPUNAN 901: Syarat Syarat Kepada Penganjur Dan Peserta Perhimpunan


PERHIMPUNAN 901: Syarat Syarat Kepada Penganjur Dan Peserta Perhimpunan

Salam...
kepada rakan-rakan yang berniat untuk join perhimpunan 901 isnin depan ni,(esok). 
disini gua nak kongsikan dengan korang beberapa syarat yang dikenakan PDRM untuk menyertai perhimpunan tersebut.

1. Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah. 

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut. 

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu. 

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan. 

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut. 

10. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut

cerita berkaitan klik sini
Sumber:PDRM

p/s tengok dari jauh je la..takut nak join

Gambar macam-macam ada


Gambar macam-macam ada









Sumber: oh tidak]0h media
p/s saja nak simpan wat kenang-kenangan