Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa terbesar menggunakan internet berpangkalan di pulau ini yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM10 bilion dengan tertangkapnya 37 orang dalam dua serbuan serentak berasingan di sini hari ini.
Sindiket yang lebih dikenali sebagai 'Penipu Macau' itu dipercayai diketuai seorang warga Taiwan telah berjaya menipu ramai warga China secara memperdayakan mereka supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pasukan daripada bahagian jenayah komersial negeri ini dan Bukit Aman membuat serbuan pertama kira-kira jam 10 pagi di Kinta Lane dan menahan 30 orang suspek berasal dari China dan Taiwan termasuk dua warga tempatan.
Katanya, tempat terbabit dijadikan pusat membuat panggilan kerana pihak polis menemui beberapa peralatan khidmat komunikasi termasuk, komputer riba, moderm, penyambung panggilan, telefon dan telefon bimbit di situ.
"Antara mereka yang ditahan dalam serbuan pertama itu ialah dua orang rakyat Malaysia, 22 warga China dan enam dari Taiwan," katanya kepada pemberita di sini.
Abdul Rahim berkata, dalam serbuan kedua di kawasan kediaman di Jalan Pantai Molek, Tanjung Bungah, tiga rakyat Malaysia dan empat warga Taiwan ditahan.
Beliau berkata, polis menemui sebilangan pasport dipercayai milik suspek dalam serbuan kedua itu.
Katanya, cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank.
"Mereka memberitahu mangsa yang akaun bank atau kad kredit mereka (mangsa) diceroboh oleh pihak ketiga dan wang di dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya tidak dipindahkan ke akaun lain," katanya.
Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Jenayah.
Sumber: Berita Harian
followers
busuk.org
Jumaat, 6 Januari 2012
Jom join: Mega Giveaway By Cik Bunny
Salam 1Malaysia..
Tadi gua Blogwalking sani-sini..
termasuklah kat blog Cik Bunny yang kiut-miut ni..hehehe..
gua tengok cik bunny buat Mega Giveaway
So, Tanpa lengahkan masa gua pun nak joinlah GA ni..sape tahu ada rezeki ye dak?hehe..
korang pun dijemput join sama..jom kita gempur ramai-ramai!!
Jangan risau, Korang takyah ragu-ragu join GA ni
Cik Bunny memang best,kalau tak, masa kan blog dia Hot!! hehe..
Oklah.., yang nak join sila baca syarat-syaratnya dulu.
- Mempunyai alamat di Malaysia.
- Buat 1 entri bertajuk "Mega Giveaway By Cik Bunny", copy banner giveaway kat SINI dan linkkan ke entri ni(entri cik bunny)
- Letak link sponsor dalam entri:
Amely Afandi: Blog
Mira Miraie: Blog
Herba Tihara: Blog
Atienabila: Blog
- Tag kalo nak tag *tak wajib tapi ada hadiah untuk top referral
- Dah siap? Tinggalkan link entri anda di bahagian komen entri ini.(entri cik bunny) Kat tempat lain tidak diterima.
Tarikh Tutup: 31 Januari 2012
Juri Giveaway: Encik Random.org & Cik Bunny (top referral dan top commentor)
Harap korang faham syarat-syaratnya k..?
sebelum gua tutup buku,
gua nak tag beberapa geng gua dulu hehehe...
Langgan:
Catatan (Atom)
