followers

busuk.org

Isnin, 2 Januari 2012

Sekadar Renungan Buat Kaum Adam dan Hawa


untuk ADAM.. andai mahu menerima cinta hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..


untuk HAWA.. andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..





p/s Tahun ni gua nak kahwin..insya Allah

Hantu kak limah dijerat dalam botol


Assalamualaikum...

Baru-baru ni gua ada kongsikan disini pasal story hantu kak limah muncul di marang.
Kali ni gua nak kongsi lagi susulan cite mengenai hantu kak limah itu yang khabarnya
berjaya dijerat ke dalam botol..ikuti kisah ini..

Misteri gangguan makhluk halus yang menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung Temiang, Marang Terengganu sejak lebih seminggu lalu terungkai apabila seorang ustaz yang menggunakan kaedah perubatan secara Islam tampil membantu.

Proses pemulihan yang dilakukan Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Perubatan Syifa Al Ikhlas yang berpangkalan di Serendah, Selangor itu yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, bermula di rumah pusaka keluarga berkenaan di Jerangau kira-kira jam 4 petang.

Bagaimanapun usaha untuk menghalau makhluk halus di rumah Syaawal Mazlan di Kampung Temiang, di sini hanya dilakukan kira-kira jam 9 malam berikutan detik itu dikatakan bermulanya kehadiran makhluk menyerupai hantu Kak Limah itu. 

Semasa proses pemulihan itu dijalankan,beberapa kejadian pelik telah menimpa ahli keluarga tersebut.
seorang demi seorang daripada mereka dipercayai dirasuk oleh hantu kak limah. Dikatakan juga makhluk itu telah menjelmakan dirinya apabila salah seorang daripada ahli keluarga itu terpandang makhluk berambut panjang sedang duduk di alang rumah.

Bagaimanapun,
Bacaan ayat al-Quran selain azan daripada ustaz nor hasrul akhirnya berjaya menangkap makhluk yang dipercayai Jin kafir itu dan memasukkannya ke dalam botol lalu dimatikan melalui sembelihan secara batin oleh beliau.

klik sini