followers

busuk.org

Ahad, 1 Januari 2012

Fakta Menarik Tahun Baru 2012



Salam..

Tahukah anda bahawa Samoa adalah negara pertama menyambut ketibaan Tahun Baru 2012.
Negara di Kepulauan Pasifik Selatan itu meraikan sehari lebih awal sambutan tahun baru kerana
negara itu melompat garisan tarikh antarabangsa yang membawa ia 24 jam ke depan
seterusnya menjadikan ia negara pertama di dunia yang meraikan sambutan Tahun Baru 2012.

Penduduk Samoa memulakan sambutan dengan persembahan bunga api menjelang tengah malam
 Khamis 29 Disember apabila negara itu dilaporkan melompat hari Jumaat dan terus memasuki tahun baru pada 31 Disember semalam.

Samoa dan negara jiran Tokelau berada berhampiran garisan tarikh secara bersilang merentasi Lautan Pasifik dan kedua-dua pulau itu memutuskan untuk mengalihkan sendiri tahun mereka daripada mengikut sebelah Amerika kepada garisan di sebelah Asia

p/s gua tertarik dengan cite ni

Gempa bumi kuat 7.0 magnitud gegar Tokyo

Hiasan
TOKYO: Gempa bumi kuat 7.0 magnitud menggegarkan Tokyo, menurut Agensi Meteorologi Jepun, tetapi tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan dan tiada amaran tsunami dikeluarkan. 
Gempa bumi itu berlaku pada 2.28 petang waktu tempatan (0528 GMT). Pusat gempa berdekatan Torishima, sebuah pulau 560 kilometer ke selatan Tokyo, pada kedalaman 370 kilometer.
Gempa bumi itu menggoyangkan bangunan di Tokyo tetapi tidak mengganggu perlawanan bola sepak Piala Maharaja yang sedan berlangsung di Stadium Nasional. - AFP

Sumber: Berita Harian

p/s semoga malaysia dijauhi dari bencana seperti ini

Jom Tambah Follower Awal Tahun 2012



Salam..

Inilah segmen pertama yang gua join di awal 2012 ni...
kalau korang nak tahu, segmen ni bertujuan untuk menambahkan follower..
memang dah kena dengan tajuk Jom Tambah Follower Awal Tahun 2012
Bro Hasrul punya idea.( klik badge kat atas )
yelah.., blogger baru macam gua ni memanglah patut join segmen ni kan..betul tak?
memang betul..(jawap sendiri)
Nak kata pasal target tu rasanya memadailah dengan 100 follower kot..hehe
oklah..sebelum gua zzzzZZz gua cadangkan korang joinlah segmen ni..
tataaa........


p/s antara azam baru 2012: Nak rajin2 join segmen 

Selamat Tahun Baru 2012


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012
KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER
DAN PENGUNJUNG BLOG AKUSIJEBAT.

SEMOGA TAHUN 2012 LEBIH BERMAKNA 
DAN MEMBERI LEBIH BANYAK ILMU UNTUK 
KITA KONGSIKAN BERSAMA, INSYA ALLAH.

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA
DIATAS SOKONGAN ANDA SEMUA

"AJARLAH JIKA ADA KEKURANGAN
PIMPINLAH JIKA ADA KEPINCANGAN
TUNJUKLAH JIKA ADA KESILAPAN
DAN MAAFKANLAH JIKA ADA KESALAHAN"

SEMOGA HIDUP ANDA DIBERKATI TUHAN
WASSALAM.

p/s semoga tahun ini kesihatan gua akan bertambah baik