followers

busuk.org

Rabu, 28 Disember 2011

Segmen Bloglist X-Change and blog review by The kiz's garden

Salam..
hai semua..korang bz tak arini?
haa..kalau tak bz, Apa kata korang join segmen ni..
segmen hasil perahan otak The Kiz's Garden (tahniah gua ucapkan)
kalau korang nak tahu disini ada dua segmen khas untuk korang 
iaitu segmen "Bloglist X-Change" dan "Review Ur Blog".
Budak Kiz's buat segmen ni adalah bertujuan untuk membantu menaikkan traffik blog korang termasuklah blog gua sendiri, Disamping dapat mengeratkan hubungan sesama blogger, ye dak?
( murni sungguh niat budak kiz's ni )

So, jom kita tengok segmen yang pertama..

Segmen  "Bloglist X-Change"


Segmen kedua "Review Ur Blog"

Untuk syarat-syarat penyertaan, 
Korang bolehlah klik pada mana-mana banner kat atas ini

Hasil yang korang dapat selepas join segmen ini

1. Kiz akan pilih 2 blog untuk direview tiap-tiap minggu secara random
2. Lepas review Kiz akan inform kat blog korang bahawa blog korang terpilih.
3. Dalam segmen Review tu nanti, Kiz akan buat rating based on 3 category:
a. Blog Design ( design blog korang )
b. Blog Content 
c. Cara penulisan

 TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012
p/s best ada segmen macam ni..

trick no telefon


Salam...
Hari ni gua nak kongsi sesuatu yang luarbiasa dengan korang semua..hehe..
tentu korang semua ada "henpon" bukan? ala...telefon bimbit la...
So,kalau ada enpon tentulah ada nombornya..betul tak? hehehe....
tak nak buang masa, apa kata korang try test benda ni..jeng3..

mula-mula korang potong bawang...eh apesal plak potong bawang?? 
oooppppssss....salah chanel da..ingatkan tadi rancangan memasak..soriiii...

Haa..! ni yang betul..
  1. Masukkan 3 digit pertama no enpon korang (tak termasuk 01#)
  2. Darab 80
  3. Tambah 1 pastu tekan "sama dengan"
  4. Darab  250
  5. Tambah dengan 4 digit terakhir no enpon korang
  6. Tambah sekali lagi dengan 4 digit terakhir no enpon korang
  7. Tolak 250
  8. Bahagi 2
Apa jawapan yang korang dapat?
kalau da dapat jawapan yang betul,sila bagi komen kat ruangan komen dan gua follow korang walaupun korang tak follow balik.
nota jangan kira direct ye..ikut je arahan kat atas tu
Selamat Mencuba..
Sharing is caring

Azam baik tidak perlu tunggu tahun baru


Salam..
Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan tahun 2011 dan akan melangkah ke tahun baru 2012. Tentu ramai dikalangan kita terutama sekali golongan anak-anak muda yang sudah tak sabar-sabar menantikan detik itu, untuk meraikan ketibaan tahun baru dan sudah tentulah masing-masing ada keinginan untuk memasang azam baru.betul tak? Tapi perlukah menunggu detik ketibaan tahun baru itu baru nak pasang azam baru? Rasanya kalau azam itu sesuatu perkara yang baik, tak payahlah nak tunggu detik sambutan tahun baru. Setiap masa kita dituntut untuk melakukan sesuatu yang lebih baik berbanding sebelumnya., Jika dah buat kesilapan maka kita segeralah memperbaikinya. Dalam hal ini janganlah ditangguhkan sesuatu perkara yang baik itu.

Sambutan Tahun Baru

 Masing-masing ada caranya tersendiri. Tetapi dalam pemerhatian gua cara sambutan tahun baru
oleh golongan anak-anak muda amatlah mendukacitakan, sambutan tahun baru kebanyakkannya bercanggah dengan syariat agama dan budaya melayu itu sendiri. Banyak acara hiburan,pergaulan bebas,pesta arak dan bermacam-macam lagi. Perkara ini sudah menjadi satu Fenomena dikalangan masyarakat kita. Lihat saja setiap kali acara sambutan tahun baru, ada yang ditangkap khalwat,mabuk dan sebagainya. seperti sudah menjadi kebiasaan pada masyarakat kita. Semua ini berpunca kerana lemahnya pegangan agama sehingga mereka mudah dipengaruhi budaya masyarakat lain, Pengaruh asing yang mudah masuk melalui Media Massa dan sebagainya serta pengalaman hidup diluar negara adalah antara punca keruntuhan moral kepada golongan ini.Tetapi asasnya adalah kegagalan menanam kefahaman pada agama itu sendiri.
Ingatlah,
Syaitan sentiasa mengambil kesempatan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara. Jika kefahaman agama tiada pada diri seseorang, maka mudahlah bagi syaitan menyesatkannya. Syaitan juga mahu menyesatkan seseorang dengan kesesatan yang paling berat. Manusia yang tunduk pada hasutan syaitan akan merasa bangga melakukan kejahatan dengan alasan untuk rasa gembira.

Firman Allah yang membawa maksud: "Dan syaitan bermaksud menyesatkan manusia dengan sesat yang sejauh-jauhnya." (Surah an-Nisa,ayat 60)

Kejatuhan sesebuah bangsa dan negara berpunca daripada musnahnya nilai murni dalam amalan hidup rakyatnya. Masalah ini akan menjadi parah jika pencegahan dan pemulihan awal tidak dilakukan segera.
Jika kita tunduk pada kemungkaran,tunduk pada hasutan syaitan maka hancurlah hidup kita dan Nerakalah bagi kita.

Oleh itu,
Sambutan tahun baru hendaklah dilakukan dengan menerima hakikat bahawa kita telah memasuki satu tempoh fasa baru yang memerlukan semangat, iltizam dan cita-cita untuk menghadapinya.
Orang Islam perlu menyambut tahun baru dengan identiti yang membanggakan. Jauhkan diri daripada terikut-ikut dengan sambutan yang dilakukan oleh penganut agama lain. Sabda Rasulullah bermaksud: “Bahawa sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” (Hadis riwayat Abu Daud). 

Tahun baru sepatutnya dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang sudah dilalui sepanjang setahun. Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang sesuatu lebih baik untuk tahun seterusnya.
Berusaha berubah kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa. Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna telah mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.
Begitu juga pada azam, Tidak perlu menuggu saat tibanya tahun baru, Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita, Kerana perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian.

Sekian Wassalam..

Gempar! Orang minyak mengganas

Gambar Hiasan

Salam..
Orang minyak mengganas lagi??!!
Gua ingat cerita ni hanya dongeng semata-mata, Rupanya kisah orang minyak ini benar-benar terjadi.
hmmmmmmmmm.............macam-macam hal.
Terbaru di Kampung Laksamana, Gombak.
Sebuah keluarga terpaksa meninggalkan rumah mereka apabila tidak tahan dengan gangguan orang minyak.
kejadian itu berlaku selama lima hari berturut-turut, Anehnya kemunculan orang minyak itu hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga perempuan sahaja. Demikian kata seorang mangsa, Kamal Bahari Satar,36.
Menurutnya, Adik iparnya turut menjadi mangsa dan mengalami trauma akibat di calit minyak hitam oleh makhluk tersebut, Dan terpaksa dibawa menjalani rawatan pemulihan selepas dikatakan diganggu oleh bisikan suara yang selalu memanggilnya keluar. 
Menurutnya lagi, kemuncak kejadian itu berlaku pada awal pagi sabtu lalu apabila orang minyak itu bertindak mengunci pintu dari dalam ketika ahli keluarganya berada di dalam rumah.

“Apa yang pasti, lembaga itu yang bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut. Makhluk itu kemudiannya masuk ke rumah sebelah dan kelibatnya disaksikan oleh isteri jiran saya sendiri,” katanya. 

Turut ditemui kesan tapak tangan berminyak di tembok dan tapak kaki di luar rumah yang ditemui oleh
anggota polis ketika melakukan pemeriksaan.

p/s minyak kelapa dara banyak khasiatnya..

Gempar! berasmara di bilik mandi masjid


Assalamualaikum..
Niat sepasang kekasih untuk melepaskan nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid tidak kesampaian apabila di cekup oleh penduduk kampung.
Kejadian ini berlaku di kampung Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.
Perbuatan terkutuk oleh pasangan belasan tahun itu berjaya di kesan oleh jemaah masjid 
setelah menyedari terdapat sebuah motosikal diletakkan di perkarangan masjid tersebut.

Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.
Menurutnya, selepas itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.

“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.

“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.

Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.

Sumber:
p/s makin berani budak zaman sekarang

Perkhidmatan shoutmix percuma akan ditamatkan


Assalamualaikum...
Bagi blogger yang sudah lama berkecimpung dalam arena blogging, shoutmix adalah salah satu shoutbox yang paling dikenali. Boleh dikatakan penggunaanya adalah meluas dengan fungsi yang boleh admin katakan mesra pengguna. Dan semua itu boleh didapati secara percuma.

Kini, setelah 7 tahun 'berbakti' dengan mempunyai akaun percuma,  shoutmix mengambil satu langkah drastik, iaitu akan menamatkan perkhidmatan percuma yang ditawarkan. Jadi selepas ini semua akaun shoutmix adalah berbayar.
Satu keputusan yang admin rasakan kurang bijak untuk memenangi hati pengguna maya.

Keputusan ini juga telah diwar-warkan di laman utama mereka.
Bermula 1 Januari 2012, kesemua akaun percuma akan tidak berfungsi kecuali upgrade kepada plan berbayar. 




Berikut plan-plan yang ditawarkan untuk pengetahuan atau bagi sesiapa yang berminat. (walaupun admin rasa macam tidak mahu letak je.:)


Sanggupkah anda membayar untuk plan ini.? Kalau admin tidak perlu jawab pun tak pe rasanya.:)

Disebabkan shoutmix akan menghentikan perkhidmatan percumanya bermula 1 Januari 2012 nanti, disini admin letakkan senarai lain shoutbox yang anda boleh dapati secara percuma. Admin belum mencuba lagi mana-mana shoutbox ini buat masa sekarang. Bagi sesiapa yang pernah menggunakan mana-mana shoutbox di bawah, diharap boleh berkongsi pandangan.

1. http://oggix.com/
2. http://www.cbox.ws/
3. http://www.yellbox.com/
4. http://www.freeshoutbox.net/
5. http://www.myshoutbox.com/
6. http://free-shoutbox.net/
7. http://ishoutbox.com/
8. http://www.shoutjax.com/

kontest:sila klik
Sumber: Unwanted

Misteri bayangan rumput panjang


Salam..
Kali ni sekali lagi gua bawakan cerita seram untuk tatapan korang..
Kisah ni terjadi kat sebuah jalanraya di kampung Perenggam, Teluk Bagan.
kampung itu kecoh dengan cerita sal Bayangan Rumput Panjang yang seringkali kelihatan memenuhi jalan itu
dan ianya kerap berlaku di waktu malam. Lebih pelik lagi kejadian itu tidak berlaku di satu kawasan saja,
tapi ia jugak selalu kelihatan di kawasan berhampiran dekat situ. Dan menyebabkan sering berlaku kemalangan di kawasan itu.

Seorang surirumah,Rosmah Shaari, 52, berkata, dia pernah berdepan dengan situasi itu beberapa bulan lalu
sewaktu dalam perjalanan ke rumah ibunya.
“Sewaktu kejadian saya sedang menunggang motosikal, dalam perjalanan saya terlihat rumput panjang memenuhi ruang di hadapan jalan yang menyebabkan saya memperlahankan motosikal.
“Apabila saya memasang lampu tinggi sambil membaca ayat Kursi, barulah timbunan rumput itu berkurangan dan hilang terus daripada penglihatan,”Katanya ketika ditemubual oleh seorang wartawan.

Menurut penduduk di kawasan itu beberapa kemalangan pernah terjadi di kawasan itu sehingga ada yang pernah meragut nyawa. ini dikaitkan dengan cerita misteri yang berlaku di kawasan itu.

Sumber: Sinar Harian