followers

busuk.org

Selasa, 27 Disember 2011

Aaron aziz juri maharajalawak mega akhir


Salam...
Gua baru dapat maklumat bahawasanya idola gua Aaron Aziz bakal jadi juri jemputan 
di Maharajalawak Mega Akhir
yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam
Pada 30 Dis 2011

So.kepada yang meminati mamat ni jgn lupa hadirkan diri anda hehehe
dapatkan pas percuma yang akan diedarkan pd 30 Dis di lokasi sama seawal 9.30 pagi
sapa cepat dia dapat
Sekian...
Lagi best klik sini

Penggodam derma guna kad kredit curi



WASHINGTON - Kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous memberi sumbangan kepada beberapa pertubuhan amal menggunakan maklumat kad kredit yang dicuri daripada syarikat keselamatan Stratfor yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan akhbar Telegraph, seorang daripada penggodam berkata sumbangan itu adalah permulaan bagi serangan serupa yang akan dilakukan sepanjang minggu ini.

“Kami akan menggunakan maklumat kad kredit yang berjaya dikumpul untuk membuat lebih banyak sumbangan sehingga mencecah AS$1 juta (RM3 juta),” menurut penggodam itu melalui akaun Twitter kumpulan tersebut.

Sumbangan itu dibuat selepas Anonymous berjaya mendapat maklumat sulit daripada Stratfor, syarikat yang turut menyimpan data bagi tentera AS dan Jabatan Polis Miami AS.

Anonymous mendakwa Stratfor gagal mengunci maklumat kad kredit yang disimpan, sesuatu yang memalukan bagi sebuah syarikat keselamatan.

Sumber: Sinar Harian