followers

busuk.org

Isnin, 19 Disember 2011

Mayat bayi ditemui dalam kotak


Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam kotak di kawasan pelupusan sampah Bukit Tajul,Banggol Judah,
Machang, kira-kira pukul 1.15 ptg semalam.
Rusmi Shafie 30,seorang pengutip sampah telah menemui mayat bayi tersebut ketika dia dan rakan-rakannya mencari bahan terpakai di kawasan pembuangan sampah tersebut.
"Semasa sedang mencari barangan dalam longgokan sampah itu, saya menarik sebuah kotak plastik yang menyerupai beg lalu membukanya dan menemui baju kemeja T perempuan yang dipenuhi darah.
“Saya kemudian menarik kain batik perempuan yang diletak di sebelahnya dan ternampak telinga manusia. Saya terus menjerit dan mem­beritahu rakan-rakan namun mereka tidak per­caya dan menganggap saya bergurau sehingga mereka melihatnya sendiri. Mayat bayi lelaki itu cukup sifat dan masih bertali pusat. Kami percaya ia baru sahaja me­ninggal dunia tidak lebihi 24 jam,” katanya.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malik Bedot memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengesan orang yang bertanggungjawab. 

p/s Semoga si pelaku mendapat balasan yang setimpal