followers

busuk.org

Khamis, 15 Disember 2011

Jururawat kena ragut maut



GEORGETOWN - Kejam perkataan paling sesuai diberikan kepada individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian seorang jururawat pelatih sebuah hospital swasta dekat sini, malam kelmarin.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, G Malathi, 24, maut dipercayai diragut sebelum terbabas berikutan gagal mengawal moto­sikalnya di Jalan Residensi, dekat sini.
“Mangsa dipercayai bergelut dengan peragut yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda berseorangan.
“Mangsa anak kedua daripada tiga beradik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terbabas, namun punca kemalangan masih disia­sat.
Menurutnya, dompet dan telefon bimbitnya juga gagal ditemui.
Difahamkan, mangsa yang baru setahun bekerja di sebuah hospital swasta di Jalan Macalister dekat sini mempunyai kelulusan Diploma Kejururawatan dari sebuah institut pengajian tinggi swasta di negeri ini dan berasal dari Gelugor.
Ketika ditemui, mangsa berpakaian kemeja T dan dalam keadaan terbaring, manakala motosikalnya berada berhampiran pada jarak kurang lima meter dari lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu dan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1989.
“Mayat mangsa dihantar ke HPP untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

p/s Takziah kepada keluarga si mangsa


Zizan RJ ada kembar??

Salam...
korang jgn terkejut dengan pendedahan ni..
korang nak tahu tak rupanya Zizan Raja Lawak ni ada kembar seiras,tapi dorang terpisah sejak dari kecik lagi..
cerita ni pun gua baru dapat tahu semalam(dalam mimpi)..
jadi pagi tadi gua pun terus la cari kebenaran cerita tu...carik punya carik,
Fuhhh!!! terkejut beruk gua, rupanya.......ah!! korang tengoklah sendiri!







Korang percaya tak? hehe....
Sebenarnya orang dalam gambar ni ialah Barry Manilow,seorang penyanyi dan pencipta lagu tahun 70an..
dia tiada kena mengena pun dengan Zizan hehehe...
Kepada Zizan,gua minta maaf eh?, ni cuma gurauan dan lawak yang tak berapa nak lawak dari gua...
huahua..

Peace!!

Jadual Perlawanan Piala FA 2012


Berikut adalah jadual perlawanan piala FA 2012




    Pusingan Pertama Kump A

  • Terengganu lwn PDRM
  • Perak lwn ATM
  • UiTM lwn Lions XII
  • Betaria FC lwn Melaka
  • POS Malaysia lwn USM FC
  • Sime Darby lwn Sabah
  • N.Sembilan lwn Johor FC
  • Shahzan Muda FC lwn Selangor
    Pusingan Pertama Kump B
  • Kelantan lwn Sarawak
  • Kuala Lumpur lwn MP Muar FC
  • Harimau Muda B lwn Pulau Pinang
  • KL SPA FC lwn MB Johor Bahru FC
  • Kedah lwn Selangor PKNS 
  • Perlis lwn PPSDM FC
  • Johor lwnT-Team FC
  • Felda United FC lwn Pahang
    Fakta menarik
  • Empat pasukan dari Negeri Johor
  • Dua pasukan dari IPTA
  • Lions XII dari Singapura
  • Kembalinya pemain import ke MSL
Selamat berjuang kepada semua pasukan yang bertanding..