followers

busuk.org

Rabu, 14 Disember 2011

Borang BR1M dijual?




Apa dah jadi dengan orang kita sekarang? "Asal barang jadi duit" begitulah halnya yang terjadi, Dalam kesibukan orang ramai mendapatkan borang Bantuan Rakyat 1 malaysia (BR1M) ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan menjual borang tersebut.
Di Kepala Batas,borang BR1M ini dikatakan dijual pada harga 20 sen setiap satu. dikatakan juga borang itu ada dijual di beberapa buah kedai menjual akhbar. Menurut seorang saksi,dia mendapat tahu bahawa borang BR1M itu boleh didapati di beberapa buah kedai sekitar pekan ini selain dari tempat-tempat yang disediakan khas,lalu dia pun bergegas ke kedai dimaksudkan tetapi terkejut bila mendapati borang itu dijual pada harga 20 sen.
"Saya terkejut apabila diberitahu perlu membayar 20 sen untuk mengambil borang berkenaan. Memang 20 sen bukan jumlah yang besar tetapi jelas ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dari hasrat kerajaan membantu rakyat kurang berkemampuan," katanya...

p/s pandainya orang kita berniaga kan? isk isk isk...dunia..dunia...