followers

busuk.org

Sabtu, 10 Disember 2011

gerhana bulan penuh malam ini





KUALA LUMPUR, 10 Dis: Penduduk di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sekali lagi dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh malam ini.

Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.

Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.

Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang berbanding malam pada malam ini.


Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.


di Zaman Rasulullah SAW, Baginda akan duduk di dalam Masjid selama berlakunya gerhana kerana baginda pernah bersabda apabila terjadinya gerhana bermakna Allah SWT murka kep...ada hambanya...


Hadith yang sangat terkenal dan menjadi rujukan meluas mengenai gerhana bulan dan matahari adalah dari Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim, yang bermaksud:

"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tandatanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana)." (HR Bukhari Muslim).

Sumber: Harakah daily

Gempar!! Langsuir bertenggek di palung air


Gambar hiasan


HI-TECH,KEDAH: Penduduk di Taman Kulim Perdana digemparkan dengan kehadiran lembaga wanita berambut panjang,berpakaian serba putih yang dikatakan sering kelihatan bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.

Seorang saksi,Hamzah Mohamad 32,berkata,dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika beliau dalam perjalanan balik ke rumahnya. Menurutnya lembaga itu sangat menggerunkan kerana dapat dilihat dari jauh.


di kawasan inilah lembaga itu sering kelihatan



Sumber: Harian Metro


Borang bantuan rakyat 1malaysia mula di edar



KUALA LUMPUR - Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

sumber: Sinar Harian

Fakta yang perlu anda tahu


FAKTA KEBAIKAN MENANGIS




1. Membantu penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi.

Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.

Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.

keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangkan stress

Bagaimana menangis mengurangkan stres?

Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.

Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian.

Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.

Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.. :)


Sumber: maafkan saya kalau terkasar bahasa


koleksi gambar sabah FA dulu-dulu


Beberapa koleksi gambar lama Pasukan Bolasepak Negeri Sabah


Matlan bersama pasukan kebangsaan



Sabah juara piala FA 1995

Barisan yang pernah dilabel THE DREAM TEAM.
ong kim swee (no 21) pun ada dalam skuad ni










Aksi Hassan ani ketika mewakili Pasukan Negara
Pasukan Sabah ketika menjuarai Liga Perdana pada tahun 1996



sila klik
hero sabah
Nanti gua update lagi k..sori pic yang lain tiada 'caption'

ada jugak orang macam ni??




Assalamualaikum..
Sebagai orang baru dalam dunia blogging ni
tentulah banyak perkara yang kita tidak tahu dan perlu tahu..
caranya bagaimana? hmmm..bagi gua la kan,cara gua adalah minta pendapat dari orang lain terutama sekali kat blogger-blogger Otai..
gua selalu klik blog dorg nak dapatkan tips-tips tentang bagaimana nak jadi seorang blogger..
dalam hal ni ada la jugak Otai ni yang dengan ikhlas bagi gua tips..terima kasih gua ucapkan.
tapi satu perkara yang gua sedih,sedih sangat bila ada sorang mamat blogger yang gua rasa memang berpengalaman,terkenal dan top ni bagi respon yang kurang "menyelerakan"..
ceritanya macam ni..hari tu gua ada ajukan soalan yang memang betul-betul gua nak tahu dan nak belajar,
tapi malangnya jawapan kepada gua memang agak kureng dan buat rasa diri gua ni hina sangat.
"Tak payahlah nak terhegeh-hegeh nak jadi blogger kalau tak tahu apa-apa,baik u jadi facebooker jer bro"
inilah jawapan yang gua terima hasil dari soalan gua yang nak tahu sangat pasal SEO..
terima kasih sekali lagi..
nak nangis pun ada masa tu..perasaan hampir putus asa bermain di fikiran gua..
gua sedar diri gua ni memang 'low' tapi rasanya tak perlulah bagi jawapan macam tu..
gua follow blog dia sebab gua rasa dia memang antara yang terbaik..
tapi tak sangka ini yang gua dapat..
macam ni la bro,kalau u nak orang hormat u janganlah amalkan sikap sombong macam ni..
mana letak budi bahasa?
gua betul-betul terkilan dengan sikap orang tu..dan terfikir rupanya
ada jugak orang macam ni..!!
sampai hari ni gua ingat perkara tu dan sampai bila-bila pun gua takkan lupa,tapi gua tak dendam..
gua jadikan ia sebagai pembakar semangat gua..tujuan gua nak berblogging bukan nak jadi terkenal,
cuma nak berkongsi cerita dengan sesiapa saja yang sudi membaca artikel dari gua..
semuanya ikhlas dari gua..
salam satu malaysia untuk semua..

Wassalam



Tip masuk gym


Salam...
Tentu ada diantara korang yang rajin masuk gym bukan? tak kiralah lelaki atau perempuan..
gua ucap syabas dan tahniah kerana korang ambil berat pasal kesihatan korang. tapi korang tahu tak beberapa perkara yang korang perlu ambil berat sebelum korang masuk gym?ha,disini gua nak bagi beberapa tip sebelum korang melangkah masuk ke gym..

Pastikan gym yang korang nak masuk berkeadaan selesa dan tidak selerak,bukan apa hasil dari pengamatan gua ada sesetengah pengusaha gym ini tidak menitik beratkan soal keselesaan,seperti membiarkan gym dorg berselerak dan tidak teratur.

Pastikan peralatan gym yang korang nak guna berkeadaan baik dan selamat digunakan kerana dalam hal ini ada juga peralatan yang lama bagi sesetengah gym masih digunakan walaupun sepatutnya benda tu dah 'tamat tempoh' dan perlu ditukar sebab ini melibatkan keselamatan si pengguna.

Biasanya sesebuah gym akan membekalkan barang keperluan kepada pengguna,contohnya tuala. nasihat gua korang bawalah tuala sendiri ye..faham2 je la hehe..

Kebanyakkan gym ada menyediakan jurulatih jadi dalam hal ini korang kena pastikan dulu bahawa jurulatih itu benar-benar berpengalaman sebab ini penting supaya korang mengikuti jadual dan cara yang betul.

Pastikan peralatan gym lengkap dan menepati serta sesuai dengan bayaran yang dikenakan untuk korang

Pastikan korang memakai deodorant yang sesuai hehehe...bukan apa gua ni pun kaki gym jugak dan hasil dari pengalaman gua ramai pengunjung-pengunjung gym tidak menitik beratkan soal ini,sehinggakan ada yang mengeluarkan 'haruman' yang kurang enak dan menimbulkan rasa ketidak selesaan.jadi,pakailah deodorant ye..hehehe..

Habisss.....