followers

busuk.org

Rabu, 7 Disember 2011

BERITA YANG DINANTI-NANTIKAN PENJAWAT AWAM




ASSALAMUALAIKUM..
KEPADA SEMUA PEKERJA SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM, BERITA BAIK YANG KITA NANTI-NANTIKAN KINI BAKAL DIKELUARKAN TIDAK LAMA LAGI...
DISINI SAYA INGIN BERKONGSIKAN DENGAN ANDA ANTARA 
INTIPATI PELAKSANAAN SBPA YANG DIKELUARKAN OLEH 
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM SEMPENA PELANCARAN
PEKELILING SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM(SBPA) OLEH 
YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH,
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA.

SILA KLIK LINK DIBAWAH




Ombak Rindu: Kutipan cecah Rm5.2 juta!!

Filem Ombak Rindu betul2 pecah panggung!!


Gua sendiri macam tak percaya bila dengar berita ni..
Tapi inilah kenyataannya,filem ini membuktikan bahawa filem bergenre cinta masih lagi mendapat tempat di hati penonton malahan filem ini juga mampu membuat ramai yang mengalirkan airmata tak kira lelaki atau perempuan hehehe..


Gua tabik spring!! kat pengarah filem ni saudara Osman Ali (Gambar).beliau telah berjaya membawa penonton beralih ke filem bertemakan cinta yang mana sebelum ini lebih kerap disajikan dengan filem-filem aksi dan seram.
Tak lupa juga kepada teraju utama filem ni Aaron aziz dan Maya arin,lakonan korang memang mantap..!!
gua dengar kata baru 4 hari tayangan dah cecah Rm 4 juta kutipan dan yang terbaru dah mencapai kepada
Rm 5.2 juta sejak ditayangkan 1 Dis lalu. nampaknya sasaran Rm 6 juta kutipan tidak mustahil untuk dicapai. kepada yang masih belum menonton filem ni,cepat-cepatlah ke pawagam berhampiran korang sekarang.rugi kalau tak tengok wa cakap lu...hehe
Apa pun tahniah kepada filem Ombak Rindu!!


p/s nak nangis isk isk isk..



Hentikan tuduhan!!

Manusia ego bila nak lepaskan diri dari kesalahan,mcm2 helah dia lakukan..
hingga sanggup gadaikan maruah,buat fitnah,menafikan kononnya dia tak salah!!
kenapa sanggup buat semua ni? mana letaknya akal fikiran?
mana kasih sayang sebelum ini yang kau simpan?
semua ni tidak perlu...kalau nak lepaskan diri pun, biar kena pada tempatnya..!!
terus terang adalah perkara terpuji..tidak perlu ajak bergaduh,bermusuh dan berdendam..
ingatlah,kita ini milik Tuhan sepenuhnya..tiada satu makhluk pun yang hidup kekal di bumi Tuhan ini melainkan semua akan menemuiNYA nanti.Tetapi biarlah kita menemuiNYA dengan bekalan iman dan taqwa..bukan dengan dosa dan hinaan.
Maaf..,ini saja jalan terbaik untuk aku lepaskan apa yang terbuku,walau kau tidak melihat,tetapi aku puas dan lapang dada dari menahan kesakitan yang bersarang di hati ini.
dan tolong...tolong hentikan semua tuduhan!!


P/S nota yang gua jumpa dalam laci tempoh hari

Risiko permainan komputer ganas kepada kanak-kanak



Bermain permainan komputer yang ganas walaupun hanya beberapa minit lebih bahaya daripada menonton filem ganas,demikian menurut ahli psikologi.


Sesetengah permainan komputer interaktif (seperti: Doom,Mortal kombat,Resident evil) memerlukan pemain untuk mengenal pasti watak yang melakukan keganasan. Ini meningkatkan fikiran dan tingkah laku agresif.
Dalam kebanyakkan permainan penuh aksi,apa saja watak yang digambarkan sebagai musuh-manusia,makhluk asing,gergasi atau syaitan-perlu dibunuh untuk mendapatkan mata dan terus bermain.
Kanak-kanak yang terdedah kepada saluran hiburan yang tidak sihat ini boleh menjadi ganas.


Pada hakikatnya,dalam kehidupan sebenar tentera dilatih untuk membunuh dalam peperangan menggunakan teknik sama yang kini digunakan untuk menghibur remaja dalam permainan komputer.
Oleh itu,tidaklah mengejutkan bahawa penggunaan berlebihan dan dalam jangka panjang permainan komputer ini telah menunjukkan menyebabkan antara lain ialah obsesi,tingkah laku ketagihan dan perubahan personaliti.
Bermain terlalu banyak permainan komputer ganas juga telah dilaporkan membawa kepada pembunuhan yang berleluasa dalam kehidupan sebenar.


Contoh: di sao paolo seorang pelajar membunuh tiga orang dan mencederakan lapan yang lain,apabila dikatakan meniru adegan daripada permainan komputer 'Duke Nukem'.
manakala di Colorado pula,dua orang pelajar menembak 12 pelajar,seorang guru dan ramai lagi sebelum membunuh diri. Salah seorang pelajar itu dikatakan sering bermain permainan komputer 'Doom'.

Sumber: CAP


P/S winning eleven -gua suka edit buat team sendiri