followers

busuk.org

Isnin, 5 Disember 2011

5 kesan apabila kamu seorang EGOIS!!

ADAKAH KAMU SEORANG EGOIS?
APA YANG KAMU DAPAT APABILA KAMU SEORANG YANG EGOIS?



 5 KESAN UTAMA DALAM HIDUP KAMU APABILA KAMU EGOIS


DI JAUHI RAKAN

Siapa yang suka kalau hidupnya ditentukan oleh orang lain. kalau tak ikut boleh timbulkan pergaduhan tapi kalau diturutkan terasa diri diperbodohkan pulak..hai....,jadi jalan terbaik adalah menjauhkan diri. Ha,dalam hal ni lambat laun kamu akan kehilangan rakan seorang demi seorang kerana mereka tak tahan dengan perangai kamu.

SUSAH DAPAT KEKASIH

Mana ada orang yang suka dan tahan bila kekasihnya ada sikap ego yang tinggi. Biasanya orang ego ni memang keras kepala,yang dia tahu dia saja yang betul. kalau dah tiap hari bergaduh rasanya hubungan takkan kekal lama.lepas tu orang lain pun akan takut mendekati kamu apatahlagi kalau nak 'kapel' dengan kamu.

TIDAK PERNAH BELAJAR DARIPADA KESILAPAN

Orang egois juga sebenarnya tidak pernah mengakui kesilapannya sendiri. Tiada keinginan untuk belajar memperbaiki diri untuk jadi yang lebih baik.ini disebabkan oleh sikap egonya yang terlalu tinggi hingga menyekat dirinya untuk berubah.

JADI BAHAN UMPATAN

Kamu akan selalu jadi bahan cerita orng lain,terutama dari rakan-rakan yang tidak puas hati dengan perangai kamu.sampai bila?

MUDAH KECEWA

Tidak salah kalau kamu menyahut cabaran, Akan tetapi biarlah mengikut kemampuan diri. Biasanya orang ego pantang dicabar,dan akan bermati-matian melakukannya tapi bila dah gagal kamu akan kecewa yang teramat sangat sehingga tak boleh menerima kegagalan kamu. Jadi ego biarlah bertempat.


Mohd Amirul Izzat Che Mat Meninggal Dunia






Mohd Amirul Izzat Che Mat 16 adik kepada penjaga gol negara Mohd Khairul Fahmi Che Mat atau Apek telah meninggal dunia pada pukul 11:30 Pagi tadi akibat demam denggi dan demam panas.
Takziah untuk keluarga Allayarham..
Kepada Apek,semoga tabah dengan pelbagai dugaan dan kontroversi yang dihadapi..

Al-Fatihah..

Liga Super 2012




Format Baru Liga Super 2012 | Keputusan Mesyuarat EXCO FAM
Hasil Mesyuarat EXCO FAM pada 12 Julai 2011
Liga Super 2012 kekal 14 pasukan
Pahang dan Perlis turun ke Liga Premier 2012
PKNS dan Sarawak naik ke Liga Super 2012
Hanya 2 pemain import dibenarkan bagi musim 2012 dengan mengikut syarat di bawah dan tidak wajib bagi pasukan yang tidak mampu :-
Mestilah mewakili pasukan kebangsaan bagi negara ASEAN
Manakala bagi pemain dari benua asia sekurang-kurangnya bermain di divisyen 1
Pemain dari benua eropah,afrika dan latin mestilah bermain dari divisyen 2 negara berkenaan

Hasil kerjasama dengan FAS (Persatuan Bolasepak Singapura)
Harimau Muda A bermain di Liga S 2012 (Liga Singapura)
Young Lions bermain di Liga Super 2012
2 Kejohanan baru diwujudkan iaitu :-
Juara Liga Super menentang Juara Liga S
Juara Piala Malaysia menentang Juara Piala Singapura



10 tip atasi tekanan hari pertama berkerja




Hati mana yang tak gembira kalau dah dapat pekerjaan. Tentu ada yang melompat-lompat kegembiraan dan ada juga yang terharu menerima berita baik itu. 
Tapi apakah persediaan seeloknya sebagai seorang yang bakal berkerjaya?
Dapatkah anda menyesuaikan diri dengan keadaan baru yang bakal anda hadapi?
berbagai macam perasaan yang bercampur aduk ketika itu.
Pada hari pertama anda datang untuk melapor diri tentunya perasaan gementar,malu dan sebagainya bermain-main di fikiran anda ketika itu sekaligus membuat anda berasa agak tertekan.

Berikut ada 10 tip yang mungkin membantu anda menghadapi hari pertama berkerja dengan lebih tenang dan gembira.

SEGAR DAN BERSEMANGAT

Kesan pertama amat penting jadi anda harus bersedia dari segi mental dan fizikal.Kemaskan diri dengan penampilan bersih dan bersesuaian. Pastikan mengambil sarapan pagi supaya anda lebih bertenaga dan cergas serta lebih bersemangat. Datang awal dan sebaiknya baca doa ini (yang beragama islam)ketika anda sampai ke tempat kerja.




PERKENALKAN DIRI

Perkenalkan diri kepada semua kakitangan yang ada di pejabat. Buang rasa malu dan perasaan malas kerana ini adalah mukadimah terbaik untuk perkenalan yang lebih rapat dan mesra dengan rakan sepejabat.

SENYUM

Sebagai orang baru, tunjukkan sikap ramah dan murah dengan senyuman. Kerana senyuman boleh memberikan maklum balas positif pada orang yang memberi dan menerimanya.dengan senyuman juga,rakan kerja akan lebih senang menerima kehadiran anda.

RAJIN BERTANYA

Sebagai kakitangan baru,sudah tentu anda masih kurang faham dengan tugas dan latar belakang tempat kerja anda. jangan malu atau segan untuk bertanya kerana rakan kerja anda pasti berasa senang dan bersedia untuk membantu menjelaskan mengenai tugas atau perkara yang berkaitan dengan tempat kerja anda."malu bertanya sesat jalan" jadi anda kenalah rajin dan selalu bertanya.
PENDENGAR YANG BAIK

Elakkan dari bercakap atau memberi komen tentang sesuatu yang mungkin anda tidak selesa dan tidak berpuas hati kepada rakan anda. Sebaiknya simpan dulu niat itu kerana sebagai 'orang baru' rasanya tidak manis sekiranya anda banyak bercakap. cukup sekadar memerhati dan mendengar dahulu.
jadi pendengar yang baik dengan tidak menganggu perbualan rakan yang sedang berbicara.

SESUAIKAN DIRI 

Lumrah sebagai 'orang baru' pasti akan jadi perhatian ramai. Mungkin anda kurang selesa dengan keadaan ini tetapi anda perlu sesuaikan diri dan jangan lokek dengan senyuman. sentiasa rendah hati kerana ini akan menjadi kunci utama untuk anda disenangi oleh rakan.

JANGAN SOMBONG

Mungkin jawatan anda lebih tinggi dari sesetengah rakan sepejabat anda.Tetapi ini bukan alasan untuk anda bersikap sombong dan tidak mahu menegur kakitangan bawahan yang lain. Ingat mereka adalah tulang belakang kepada kerja-kerja anda. tanpa kerjasama dari mereka sudah tentu akan menyukarkan setiap kerja anda. sikap sombong hanya akan menyusahkan anda kerana akhirnya anda tidak disukai oleh kakitangan dan rakan sepejabat.

RINGAN TULANG

Amalkan sikap bantu-membantu kerana ia membolehkan anda disenangi rakan sepejabat. jika seorang rakan dilihat memerlukan bantuan apa salahnya anda ringankan tulang dengan menghulurkan bantuan.
ini akan menjadi pencetus kepada kebaikan yang berpanjangan.

JANGAN ASINGKAN DIRI

Selalunya kerana perasaan malu dan segan sebagai 'orang baru',seseorang itu akan mengasingkan diri.
Jangan lakukan ini. Sebaiknya anda harus pandai bergaul dengan rakan anda.ketepikan perasaan malu kerana itu akan membuat diri anda di pandang negatif.

WUJUDKAN SUASANA MESRA

Kemesraan bersama rakan sepejabat boleh tercetus daripada sikap peramah anda sendiri. walaupun anda masih baru tetapi itu bukan penghalang untuk anda mewujudkan suasana mesra bersama rakan baru anda.Untuk membina persahabatan,anda mestilah bijak menggunakan kelebihan yang ada pada diri anda. Sebagai contoh.,cuba pelawa rakan anda untuk makan tengah hari bersama ketika waktu rehat.ini akan membolehkan anda untuk berbual dengan mereka,satu kelebihan lagi jika anda pandai berlawak.ini akan mempercepatkan proses penyesuaian diri dengan rakan baru.tapi jangan pulak 'over'.




P/S hasil dari pengalaman sendiri dan sedikit bahan rujukan