followers

busuk.org

Sabtu, 26 November 2011

Pedoman hidup..

Renungkan Sejenak


-Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI ALLAH ada dekat di hati kita

-Walau tak ada ORANG cinta kita TAPI ALLAH sentiasa KASIHI kita

-Walau tak ada ORANG tolong kita TAPI ALLAH ada LINDUNGI kita

-Walau tak ada ORANG rindu kita TAPI ALLAH tetap tunggu kita

-Walau tak ada ORANG jaga kita TAPI ALLAH perhatikan kita

-Walau tak ada ORANG bersama kita TAPI ALLAH ada temankan kita..

aku dan sejadah

Pedoman hidup

‎1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.

4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI..


* usia semakin tua


Oh! angry birds




                                KAREKTOR DALAM ANGRY BIRDS

           inilah dia watak-watak utama dalam 'Angry Birds' hahaha






*watak jahat tu jer yg takde hehehe..


Lawak hari sabtu..


Hotel

Alkisahnya..

Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya.
Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.

Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"

"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber..





10 PESANAN BUMI KEPADA MANUSIA

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.:


1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke
dalamnya kelak.


2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab
di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal 
di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan
oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam
perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi
ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan
di dalam perutku…


Imej 'bandar hantu' muncul di kaki langit

Percayakah anda tentang kewujudan bandar di kaki langit? agak pelik dan mustahil bukan?.
tapi inilah yang terjadi di Bandar Huanshan,China baru-baru ni.,beberapa imej bangunan yang menyerupai sebuah bandar dikatakan tiba-tiba muncul selepas hujan lebat dan keadaan lembab di sepanjang sungai Xin'an.
Bebepara orang pakar juga kebingungan dengan fenomena yang berlaku kerana imej yang muncul itu bukanlah berpunca dari refleksi imej yang terdapat di bandar itu.
Namun dipercayai bahawa imej 'Bandar Hantu' itu kemungkinan satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembab.wallahualam..

Imej 'bandar hantu' yang jelas kelihatan di kaki langit Bandar Huanshan,China

-sumber Kosmo online

*Maha Suci Allah